Selalu Hulur Bantuan Sepanjang 10 Tahun, Opah 90 Tahun Menangis Jiran Baik Hati Nak Pindah
Video perpisahan di antara lelaki Thailand dan jirannya yang merupakan warga emas yang telah berusia 90 tahun memberi kesan kepada ramai orang.
Memetik Mothership, lelaki yang berusia 27 tahun itu telah memuat naik video pada laman TikTok miliknya yang menggunakan nama pengguna @_kunpan sedang melakukan kerja-kerja pindah rumah telah meraih 4.1 juta tontonan sejak 26 Jun yang lalu.
Ramai individu yang terharu dengan reaksi diberikan oleh wanita tua yang merupakan jiran kepada lelaki tersebut menerusi video berdurasi 34 saat yang kelihatan sedih kerana mereka akan berpisah.
Lelaki tersebut yang sedang mengemas dan membawa keluar barang-barangnya sambil diperhatikan oleh wanita tua itu dengan pandangan sayu dari belakang pintu pagar rumahnya.
Dia juga kelihatan bingung saat mereka mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
“Berjiran dengan nenek selama 10 tahun, hari ni pindah keluar, nenek menangis. Rasa kesian pula dengan nenek,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tinggal sendirian selama 50 tahun
Prasert, lelaki muda berkenaan telah berpindah dan tinggal di apartmen tersebut sejak umurnya 17 tahun lagi dan Samneang merupakan orang pertama yang dia berkenalan.
Dia memberitahu kepada media Thai Khaosod bahawa wanita tua itu telah tinggal bersendirian sejak 50 tahun yang lalu selepas anaknya meninggal dunia pada usia 19 tahun.
Selain dari komuniti orang ramai yang datang dari masa ke semasa untuk melawat, Samneang tidak mempunyai kawan lain dan juga tidak berhubung dengan mana-mana ahli keluarga yang lain.
Menjaga antara satu sama lain
Memetik Mothership, keadaan Samneang berubah sejak Prasert berpindah dan mula mengambil berat antara satu sama lain dan semakin hari hubungan mereka makin rapat.
Samneang akan membantu mangankat pakaian yang Prasert ketika hujan dan dia tiada di rumah. Dia juga kan kumpulkan barang-barang Prasert yang terlupa atau tidak sengaja tertinggal di luar rumah.
Dia juga yang akan kumpulkan surat-surat bagi pihak Prasert dan memastikan dalam keadaan kering. Kemudian, dia kan letak dalam beg plastik dan sangkut pada tombol pintu rumahnya.
Lebih daripada seorang jiran
Dalam pada itu, Prasert juga akan temankan Samneang dan menjaganya apabila dia demam dan tidak sihat. Walaupun usianya semakin lanjut, Prasert membertahu kepada Khaosod bahawa Samneang seorang yang sangat berdikari.
Walau bagaimanapun, dia mempunyai tekanan darah tinggi dan mengalami masalah pernafasan pada waktu malam dan akan ketuk pintu rumah Prasert jika perkara itu berlaku.
Selain itu, dia juga membantu Samneang untuk mendapatkan bantuan kewangan selepas mengetahui bahawa dia hanya teruskan hidup melalui wang simpanannya yang semakin susut.
Parsert juga telah menganggap sebagai neneknya sendiri walau tiada sebarang pertalian darah dengannya.
Menitiskan air mata Prasert akan pindah
Sangat sukar untuk Prasert memberitahu kepada Samneang bahawa dia akan berpindah dan telah menangguhkan niatnya itu selama dua minggu sebelum dia memaklumkan sendiri kepada Samneang.
Menurut Prasert, pada awalnya nenek Samneang tidak percaya dengan apa yang dia dengar dan kelihatan untuk beberapa saat sebelum mengalirkan air mata.
Prasert yang terpaksa berpindah atas sebab pribadi tidak sanggup untuk lihat dia berada dalam kesusahan. Prasert berjanji akan melawat nenek Samneang setiap minggu kerana dia sangat sukakan kanak-kanak.