Masih Ingat Wann Penyanyi P0pular Era 90an? Ini Wajah Terkini Beliau Masih Cantik Macam Dulu


Masakan tidak, kerana suara ‘keramatnya’ itu, bukan sahaja album pertamanya Lamunan Terhenti mendapat sambuutan hangat, sebaliknya, ke mana sahaja dia pergi, ada suara-suara nakal mengusiknya dengan panggilan ‘Wan Teran’. Bagi Wann, apa saja teguran atau label yangdiberikan padanya tidak langsung mengguris perasaan penyanyi yang memiliki nama sebenar Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 39.

Ini kerana keunikan suara itulah yang menjadikan Wan lain daripada penyanyi lain di Malaysia.Ironinya, suara meneran Wann bukan sebarangan! Suara menerannya itulah yang dianggap para peminatnya amat s3ksi dan sedap didengar.

Dengan bakat yang dikurniakan oleh Ilahi itu juga, Wann sudah merakamkan lebih 10 buah album solo bersama syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna (SCS). Bahkan, di zaman kegemilangannya, Wan Wann disenaraikan sebagai artis yang paling banyak mengadakan persembahan pentas.

Rezeki murah yang diperoleh Wann ketika itu juga sekali gus menjadikan dia mampu memandu kereta Mazda Eunos berharga lebih RM100,000 pada awal 1990-an.

Di sebalik imej sksinya juga, Wann sebetulnya boleh disifatkan sebagai satu-satunya artis wanita yang tidak pernah menjadi mngsa gosip liar khususnya berhubung atau skandal dengan V1P atau rakan artis!

Bagi Wan, kehadirannya dalam bidang seni suara bukan untuk mencari suami atau berskandal sana sini. Namun, yang penting dia mahu menyara keluarganya.

“Bukan saja Miss June (panggilan untuk ibunya, Junaidah Shaari) mengawal pergerakan Wann dengan ketat, Wann juga secara peribadi tidak gemar dengan cerita-cerita remeh-temeh itu.

“Wann menjadi penyanyi untuk menyara keluarga dan Alhamdulillah, hasrat Wann diberkati dan Wann bangga dapat menyara keluarga dan adik-adik,” cerita anak sulung daripada tujuh beradik yang kini mnetap di Singapura di negara kelahiran suaminya.

Menyusuri kejayaan Wann dalam bidang seni, tidak boleh tidak nama ibunya, Miss June dipinggirkan

Hubungan Wann dan Miss June bukan saja terikat dengan drah daging, sebaliknya, mereka berdua sudah seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

Miss June bertanggungjawab terhadap jadual persembahan pentas dan yang tak pasti setiap undangan yang diterima tidak pernah dihampakan mereka.

Sementara itu, Miss June, 56, ketika ditemui tidak menafikan anaknya itu memang ‘laris’ ketika zaman kegemilangan dengan mendapat banyak undangan menyanyi.

“Dalam sebulan, Wann mendapat undangan menyanyi antara 20 hingga 25 show dengan kadar bayaran antara RM2,000 dan RM3,000 setiap satu show.

“Masa itu teman (panggilan ganti diri Miss June) tidak kisah. Bagi teman semua itu rezeki dan Wann juga tidak pernah mempersoalkannya kerana semua jadualnya dalam tangan teman.

“Ke mana sahaja show, teman terima dan yang penting teman sentiasa menemani Wan demi keselamatannya.

“Wann tak kisah masa itu kalau ada cakap-cakap belakang, teman kuat mengekor ke apa ke, yang penting Wann mahu keselamatannya terjamin dan tidak ada gosip tentangnya.

“Sebagai emak, teman bangga punya anak seperti Wann dan teman memang mahu pastikan anak teman selamat. Apa yang pasti setiap kali dinner show atau show yang eksklusif, Wann tidak pernah join makan dengan V1P setelah selesai buat show,” kata Miss June pula yang ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disebabkan terlalu banyak mengadakan persembahan pentas, pernah satu ketika Wann kehilangan ketika mahu menjayakan persembahan di Sarawak pada tahun 1990-an.

“Bayangkan dari satu show ke satu show, Wann tak cukup rehat. Semua show Miss June terima. Walaupun kadang-kadang Wan penat tap Wann mesti jaga nama baik Wann dan Miss June.

“Nak dijadikan cerita pada awal 1990-an, Wann diundang menyanyi di Sarawak dan sehari sebelum itu Wann ada show lain. Penatnya waktu itu, Tuhan saja yang tahu.

“Selepas naik kapal terbang, kami naik bot, kemudian naik sampan untuk ke tempat show. Akibatnya pada malam persembahan, Wann tak boleh menyanyi, suara hilang…mungkin terlalu letih,” cerita Wann sambil ketawa apabila mengingatkan kisah yang perit dan melucukan itu.

Bagi Wann, walaupun peristiwa itu mngalkan suatu kenangan pahit buatnya, tetapi kadangkala apabila dia duduk sendirian ia menimbulkan kelucuan di hatinya.

“Apabila ingat-ingatkan zaman dulu, Wann rasa rindu sangat nak menyanyi. Malah sampai saat ini sebenarnya Wann masih diundang menyanyi untuk dinner show (makan malam).

“Tetapi semua itu akan dipenuhi jika tidak mengganggu masa Wan dan anak-anak. Bagi Wann, dalam apa juga keadaan, suami dan anak-anak adalah keutamaan,” cerita Wann.

Wann berkahwin dengan seorang kakitangan di bahagian satelit MediaCorp di Singapura, Thazah Hamzah, 46, pada tahun 1993.

Ketika menamatkan zaman bujangnya, nama Wann berada di puncak kegemilangan, namun Wan tidak pernah memikirkan itu semua.

Bagi Wann, dia sanggup berkrban apa saja demi kebahagiaan hidup berumah tangga yang telah dibinanya itu.

Kini setelah 16 tahun melayari hidup berumah tangga, pasaangan bahagia ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohd. Israfael, 14, dan Natasha, 12.

Menurut Wann, selepas berkahwin dia masih memenuhi undangan menyanyi di Malaysia tetapi setelah melahirkan anak pertama penyanyi popular itu terus berhenti menyanyi.

“Wann tak mahu anak Wann dibesarkan oleh orang lain. Sebab itu, Wann sanggup berhenti menyanyi, apaatah lagi apabila dapat anak kedua, semua undangan Wann tolak.

“Cuma selepas mereka besar, barulah Wann memenuhi undangan yang kebanyakannya di Johor Baharu dan Singapura,” cerita Wann yang kini memegang sijil pemastautin tetap di negara jiran itu selepas melahirkan anak sulung.

Wann, yang pernah berlakon dalam filem Jaket Biru dan sebagai penyanyi dalam Pelumba Malam, selepas berkahwin pernah muncul dengan album Aku Dalam Teka-Teki. Album tersebut diedarkan oleh Rock Record.

“Itulah album terakhir Wann, selepas itu Wann tiada lagi sebab susah nak ikut promosi. Bagi Wann, sebagai artis kita harus memberi komitmen dengan jadual promosi yang ditetapkan kerana Wann tidak mahu mengecewakan mereka. Selepas itu, Wann terus lupakan bidang rakaman,” kata Wann.

Biarpun kini hidup Wann jauh dari dunia glamor dan rakan-rakan artis, tetapi dia cukup bahagia dikeliling suami dan anak-anaknya.

“Bagi seorang wanita, kebahagiaan rumah tangga dan kasih sayang suami serta anak-anak adalah kebahagiaan total yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Wann tidak kisah tidak popular lagi. Tapi Wann cukup bangga dapat menghantar anak-anak ke sekolah dan melihat sendiri mereka membesar depan mata Wann,” katanya.

LihatTutupKomentar