Berlambak Dijval Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya

Peningkatan harga minyak masak sejak 1 Julai lalu ekoran daripada pem4nsuhan harga s1ling ternyata telah memberi kesan yang sangat ketara dari segi ekonomi kepada masyarakat terutamanya bagi golongan B40.

kadar peningkatan sebanyak lebih 40 peratus berbanding harga asal siling sebelum sebelum ini yang melibatkan minyak masak masak botol iaitu satu, dua, tiga dan lima kilogram (kg) telah menyebabkan pengguna tidak mampu untuk membelinya dan beralih kepada pembelian minyak masak paket.

Bagaimanapun, majoriti masyakat meluahkan rasa kecewa dimana minyak masak paket kini sukar untuk didapati di mana-mana kedai dan kebanyakkannya sudah habis terjual dalam masa yang singkat.

Malah, masyarakat tidak dapat membeli minyak masak paket tersebut dalam kuantiti yang banyak dan ditetapkan hanya satu hingga dua pembelian sahaja untuk setiap pelanggan.

Apa yang lebih mengejutkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab di Kelantan telah menyeludup keluar minyak masak bersubsidi dalam paket satu kilogram ke Selatan Thailand.

Bukan itu sahaja, di Narathiwat, Sungai Golok, Weng dan Sungai Padi, rakyat dibenarkan untuk membeli minyak minyak paket tanpa mempunyai had pembelian.

Menurut laporan Astro Awani, seorang warga Thailand yang dikenali sebagai Abe Mat Sulaiman mendedahkan harga minyak masak Malaysia yang diseludup dijual pada harga 55 Bath (RM7) manakala harga minyak masak Thailand berharga 77 Baths (RM10.30).

Tambahnya lagi, minyak paket satu kilogram disana mudah didapati serta jarang kehabisan stok di pasar dan kedai runcit.

Penyeludupan minyak masak paket ke negara jiran ini telah menyebabkan rakyat di Malaysia terpaksa bergelut dengan krisis minyak masak botol yang harganya telah meningkat pada kadar yang tidak masuk akal.

Keluhan demi keluhan yang dilontarkan rakyat kerana mereka terpaksa meneruskan kehidupan seharian dengan menghadapi keadaan ekonomi serta kewangan yang tidak menentu.

LihatTutupKomentar