Lelaki Ini Telah Peroleh Durian Runtuh, Tangkap Baung Gergasi 50Kg & Berjaya Jual Dengan Harga RM1,250

seorang ketua kampung di Tanjung Lipis tidak menyangka bahawa tuah menyebelahinya apabila dia berjaya menangkap seekor ikan baung ekor merah gergasi seberat 50 kilogram di Sungai Jelai hari ini.

Memetik akhbar Kosmo, Najid berkata, ikan baung gergasi itu berjaya ditangkap menggunakan umpan ikan keli hidup dan tali pancing yang diikat pada dahan pokok berhampiran sungai.

Dia bagai mendapat durian runtuh apabila ikan baung gergasi yang ditangkapnya itu berjaya memperoleh hasil jualan sebanyak RM1,250.

Selepas menghantar anak ke sekolah hari ini saya turun ke sungai pada pukul 7.30 pagi untuk melihat taut yang dipasang petang semalam dan tergamam apabila melihat seekor ikan baung ekor merah bersaiz besar menggelupur di permukaan air untuk melepaskan diri.

“Mungkin rezeki menyebelahi saya, sekiranya lewat ikan ini boleh terlepas kerana tali taut yang diikat pada dahan pokok tepi sungai ini boleh putus direntap ikan ini,” katanya kepada akhbar Kosmo.

Najid turut memberitahu, ekoran ikan itu meronta dengan kuat, dia mengambil masa hampir 10 minit beradu tenaga dengan baung gergasi itu hanya untuk menariknya ke atas darat.

Ikan itu kemudiannya dibawa ke sebuah kedai runcit di pekan Kerambit untuk dipotong dan ditimbang lalu dijual kepada orang ramai dengan harga RM25 sekilogram.

LihatTutupKomentar