Hasil Usaha Jual Cempedak Dan Bisnes “Isteri Arwah Abam Syukur Dapat Beli Vellfire”

Bangkit tanpa suami di sisi, isteri kepada pelawak Allahyarham Abam Bochey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali akhirnya mampu memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire baru-baru ini.

Menurut Hidayah, kenderaan mewah itu dibeli menggunakan duitnya sendiri yang menjalankan perniagaan produk sabun dan serum selain menjual cempedak di tepi jalan sebelum ini.

Perkara berkenaan dikongsi wanita berusia 31 tahun itu menerusi sekeping gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey di laman Instagram ketika menyambut hari raya Aidiladha minggu lalu.

Menerusi komen, ada beberapa pengikut bertanya sekiranya dia baru membeli kenderaan tersebut selepas kereta Vellfire arwah suaminya telah dijual kepada orang lain.

Tidak membiarkan netizen tertanya-tanya, Hidayah menjelaskan bahawa semua itu adalah hasil kerja keras dan kesungguhan dalam mencari rezeki sejak pemergian Allahyarham.

Alhamdulillah hasil titik peluh

Sementara itu, Hidayah turut berkongsi satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia dan keluarganya menaiki kereta berkenaan dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’.

 

Terdahulu, Hidayah mengundang sebak ramai apabila merakam kelibat kenderaan arwah suaminya di atas jalan raya yang hanya tinggal kenangan.

“Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah berkata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.

LihatTutupKomentar