Syamsul, jangan jadi munafik!”Ibu tak restu, tak terima perkahwinan Syamsul Yusof Dengan Ira Kazar…



Kuala Lumpur: “Syamsul, jangan jadi munafik!”

Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail susulan pendedahan anaknya yang mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Patimah ketika dihubungi berkata, dia mengetahui semua masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya sebelum semuanya tular di media sosial.

Menurutnya, dia juga tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu.


“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” katanya kepada Harian Met

Dalam masa sama, Patimah mendedahkan pengarah filem Munafik itu menafikan menjalin hubungan dan sudah berkahwin dengan Ira.

“Sebelum ini dia tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita.

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” katanya.

Terdahulu, Patimah menerusi Instagram meluahkan perasaan memohon Allah memberikan yang terbaik terhadap dua cucunya yang juga anak Syamsul.

“Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya.

Perkongsian ini menerima reaksi simpati dari pengikut agar doanya ini dimakbulkan.


Tidak kurang, ada yang mengucapkan terima kasih terhadapnya kerana menjadi mentua yang baik terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana.

LihatTutupKomentar