Inilah Wanita Kedua Tanpa Jantung Dalam Tubuh Di Dunia

Jantung dianggap sebagai organ yang paling penting dalam badan manusia kerana sedikit sahaja kegagalan di dalamnya boleh menyebabkan komplikasi yang besar pada seluruh tubuh. Tetapi, seorang wanita di Britain ini berjaya hidup tanpa jantung di dalam tubuh sebaliknya membawa jantung artifisial di dalam beg galas.

Kisah Selwa

Selwa Hussain, seorang wanita yang tinggal di Britain adalah wanita kedua tanpa jantung dalam tubuh di dunia. Untuk terus hidup, dia perlu membawa jantung buatannya bersamanya ke mana sahaja dia pergi.

Selwa harus membawa jantung artifisal ke mana sahaja dia pergi

Kisah luar biasa Selwa ini bermula pada Jun 2017 apabila dia mengalami sesak nafas yang teruk. Namun bernasib baik, dia berjaya memandu ke doktor keluarganya di Clayhall, Essex. Dia kemudiannya dirujuk ke hospital tempatan di mana doktor memberitahunya bahawa dia mengalami kegagalan jantung yang kritikal.

Selwa dikejarkan ke Hospital Harefield empat hari kemudian ketika para medik bergelut untuk menyelamatkan nyawanya. Tubuhnya terlalu lemah untuk mempunyai pam sokongan membantu jantungnya dan terlalu sakit untuk melalui pembedahan pemindahan jantung.

Sewaktu ini suaminya, Al, bersetuju agar Selwa melalui pembedahan untuk diberi jantung buatan. Pakar bedah akhirnya mengeluarkan jantung semula jadinya yang berpenyakit dan menggantikannya dengan implan buatan dan unit sambungan di belakangnya.

Pembedahan tersebut berakhir dengan jantung di dalam tubuh Selwa diganti dengan jantung artifisial yang harus dalam beg.

Hidup Dengan Jantung Dalam Beg

Selwa mengambil masa berbulan-bulan untuk membiasakan diri untuk terus hidup dengan ‘jantung dalam beg’ itu. Beg itu membawa peranti dengan dua bateri seberat 6.8 kg, iaitu motor elektrik dan pam untuk menolak udara. Mesin itu menolak udara ke dalam implan di dada pesakit melalui tiub, untuk membolehkan peredaran d4rah dalam badan.

Dua tiub plastik besar yang disambungkan ke beg galas memasuki badannya melalui butang perutnya dan bergerak ke dadanya. Mereka kemudian mengisi dua belon di dalam rongga dadanya dengan udara, yang berfungsi seperti ruang jantung sebenar untuk menolak darah ke seluruh tubuhnya.

Jantung buatan itu akan memacu d4rah ke sekeliling badannya pada 138 denyutan seminit dalam irama yang menyebabkan dadanya berdenyut. Motor di dalam beg galasnya akan sentiasa mengepam menghasilkan bunyi pengepaman dan putaran yang berterusan dari motor.



Untuk memastikan keselamtan Selwa, suaminya atau penjaga lain mesti sentiasa bersamanya kerana jika berlaku sebarang kec3masan, mereka hanya mempunyai 90 saat untuk menyambungkannya ke mesin ganti.

Jantung tiruan bernilai £86,000 (RM 480,216)

Jantung artifisial yang bernilai £86,000 (RM 480,216) itu dibuat oleh sebuah syarikat Amerika dan dipasang semasa pembedahan oleh pakar bedah Diana Garcia Saez, dan dibantu oleh ketua pembedahan pemindahan Harefield, Andre Simon. Harefield adalah satu-satunya pusat UK yang menggunakan peranti itu.

Selwa berkata, “Harefield benar-benar hebat. Mereka datang dengan penyelesaian yang membolehkan saya terus hidup untuk melihat tahun-tahun bersama keluarga saya. Untuk itu saya sentiasa bersyukur.” “Pembedahan berjalan dengan baik dan pemulihan Selwa sangat baik,” lapor Simon.

Selain daripada Selwa hanya seorang lagi di Britain telah pulang dengan jantung artifisal selepas mengikuti satu pembedahan di Hospital Papworth, Cambridgeshire, pada 2011.



Selepas menunggu selama dua tahun, lelaki berusia 50 tahun ini iaitu orang yang turut tidak mempunyai jantung dalam tubuh, telah berjaya menjalani pemindahan jantung dan masih hidup sehingga kini. Diharapkan, Selwa juga akan mendapat pemindahan jantung pada masa akan datang.
LihatTutupKomentar