Ayat Merendah Diri Tan Sri Azman Walaupun Bergelar BiIionair. “Saya Tak Mampu Buat Apa Yg Nina Buat, Moga Allah kurniakan juga kebaikan kepada saya sebagai ayah kepada Nina”

Sebut sahaja nama Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Binti Azman pasti ramai yang akan terfikir kisah hebat tentang penghijrahan beliau. Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Azman Hashim yang merupakan Pengerusi Kumpulan Ambank.

Meskipun berasal dari keluarga yang terkenal dalam bidang perniagaan, beliau tetap memilih untuk mengikut naluri hatinya yang lebih cenderung ke arah seni dan membina kerjaya sebagai penulis lagu, pereka fesyen dan penyanyi dan berjaya tembusi pasaran antarabangsa.

Mizz Nina memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan mahligai bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Sebaik sahaja pulang dari mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah, Mizz Nina mula mengenakan tudung dan mengambil keputusan untuk bersara dari industri seni tanah air. Selepas itulah beliau mula menggiatkan diri dalam bidang perniagaan.

Mizz Nina juga sering pergi ke misi kemanusiaan di seluruh dunia untuk membantu mereka yang memerlukan. Malah platform laman sosial beliau turut dipenuhi dengan kata-kata insiprasi dan isu semasa tentang kemanusian untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Mizz Nina juga tidak ketinggalan untuk membuat rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh DOPS TV (Deen of Peace Studios) Sdn Bhd yang diasaskan oleh beliau sendiri bersama rakan kongsinya Zuhair Amdan dan Syahir Ismail.

Rancangan itu ditayangkan pada penghujung tahun 2017 dan mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada episod ke 9, Mizz Nina teleh menjemput bapanya sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim sebagai tetamu.

Miliki Segalanya Namun Masih Rendah Diri

Seorang pengguna Facebook, Bakhtiar Fitri Abdul Hamid telah berkongsi tentang rancangan tersebut. Beliau melahirkan rasa kagum terhadap keluarga tersebut. Mereka ternyata tetap merendah diri walaupun berasal dari keluarga yang berada serta mempunyai kedudukan.

Malah Tan Sri Azman sangat menghomati Noh walaupun mereka berbeza bidang. Lebih menyentuh hati, ucapan Tan Sri Azman dalam rancangan itu.

” Saya tak mampu nak buat apa yang beliau (Mizz Nina) buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang buat kebaikan sedangkan saya pun tidak mampu nak sebarkan kebaikkan”

” Moga Allah kurniakan juga kebaikan kepada saya sebagai ayah kepada Nina”

Bakhtiar turut melahirkan rasa sebaknya apabila seorang ayah boleh buat pengakuan seperti itu dihadapan orang ramai. Bakhtiar juga memuji perilaku Mizz Nina yang istiqamah dengan penghijrahannya.

Sekilas info tentang Tan Sri Dato’ Azman Hashim

Tan Sri Dato’ Azman bin Hashim lahir pada Julai 1939 di Kuala Lumpur adalah salah salah seorang MeIayu terkaya di Malaysia dan aset bersihnya dianggarkan oleh Forbes menjadi US $ 600 juta (RM2.4 bilion).

Beliau berkahwin dengan Tunku Arishah Tunku Maamor pada 3 Mac 1963 dan mempunyai dua anak lelaki, tiga orang anak perempuan dan sepuluh orang cucu.

Membesar dalam keluarga tiga belas adik-beradik , Tan Sri Azman menghabiskan zaman kanak-kanak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bapanya adalah seorang disiplin yang tegas dan ibunya seorang guru sekolah yang kemudiannya menjadi Guru Besar Sekolah Perempuan Kampung Baru. Pada tahun 1954, beliau menduduki Peperiksaan Senior Cambridge dan mendapat gred pertama.

Beliau telah ditawarkan perakaunan dengan Biasiswa Rancangan Colombo yang membawanya ke Australia dari tahun 1955 hingga 1960. Beliau menjadi Setiausaha dan Akauntan sebelum umur 21.

Pengalaman beliau bermula di Perth, Australia di mana beliau telah bekerja dengan Tetuan O.L. Haines & Co (Chartered Accountants) 1955-1960.

Pada tahun 1960, beliau kembali berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964 apabila dia meninggalkan untuk memulakan amalan perakaunan sendiri Azman & Co yang kemudiannya berkembang menjadi suatu perkongsian, Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants).

Beliau kemudian menyertai Lembaga Pengarah Malayan Banking Berhad pada tahun 1966 dan merupakan Pengarah Eksekutif dari tahun 1971 hingga tahun 1980.

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad pada tahun 1980 sehingga tahun 1982 apabila beliau menjadi Pengerusi Kumpulan AmBank sehingga hari ini.

Pada masa ini, Tan Sri Dato’ Azman Hashim adalah Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad dan Pengerusi bagi beberapa anak syarikat Kumpulan AmBank dan juga Amcorp Properties Berhad.
LihatTutupKomentar