Kerana Tekad Mahu Menjadi Seorang Doktor, Sanggup Pelajar OKU Berjalan 2 Kilometer Ke Sekolah Demi Menuntut Ilmu
Kerana Tekad Mahu Menjadi Seorang Doktor, Sanggup Pelajar OKU Berjalan 2 Kilometer Ke Sekolah Demi Menuntut Ilmu
Demi mendapatkan sesuatu ramai orang sanggup untuk berkorban apa sahaja. Berkorban masa, tenaga, wang ringgit, kasih sayang, perasaan, atau sebagainya. Namun ianya berbeza pula dengan pengorbanan seorang pelajar OKU berjalan 2 kilometer dari rumah ke sekolah ini.
Pelajar OKU berjalan 2 kilometer di Handwara
Sebut sahaja tentang golongan OKU mendapat pendidikan seperti orang normal yang lain ianya bukanlah suatu perkara pelik lagi. Kerana ramai sahaja OKU yang telah berjaya mencipta nama, sejarah, dan kejayaan sehingga di peringkat global dan antarabangsa. Namun kisah yang ingin diceritakan ini aalah seorang pelajar OKU berjalan 2 kilometer dengan hanya satu kaki?
Memang dia berjalan dengan satu kaki. Pelajar yang bernama Parvaiz ini berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan di Nowgam. Dia berjalan dengan sejauh itu setiap hari demi menimba ilmu di sekolah bersama guru dan rakan-rakan.
Walaupun hilang kenikmatan sebelah kaki kirinya namun ini tidak langsung mematahkan semangat untuk meneruskan pembelajaran akademik dan aktiviti kokurikulumnya.
Hilang kaki kerana kebakaran besar
Ketika kanak-kanak lain yang masih kecil ketika itu sedang seronok bermain bersama kawan-kawan. Parvaiz sebaliknya perlu menerima kenyataan kehilangan sebelah kaki pada usia yang sangat muda.
Tidak disangka-sangka sebuah kebakaran besar beberapa tahun dulu bukan sahaja meranapkan rumah dan harapan penduduk tetapi juga melenyapkan sebahagian masa depan seorang remaja ini.
Bukan mudah mengimbangkan sebelah kaki untuk melompat-lompat di atas jalan di India. Dengan struktur jalannya yang masih tidak elok khususnya di kawasan kampung dan pedalaman, ianya menjadi satu cabaran yang jika tanpa tekad yang kuat sudah tentu akan mudah berputus asa.
Pernah tular di media sosial, meraih perhatian ramai pihak
Video yang dimuat naik dalam Twitter ANI ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Kisah Parvaiz pernah tular di beberapa laman web viral sebelum ini.
Asbab itu, video berkenaan mendapat perhatian Pengerusi Jaipur Foot USA, Prem Bhandari yang berhasrat untuk memberikan anggota palsu percuma kepadanya.
Memang dulu ada bantuan kerusi roda disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Maysrakat kepadanya. Tetapi disebabkan jalan kampung yang bertanah merah dan berlubang teruk, ia tidak dapat digunakan di situ.
Remaja berusia 14 tahun itu ada berkata ketika di temu ramah oleh wartawan ANI, “Saya berjalan 2 kilometer untuk sampai ke sekolah setaip hari. Jalan menghala ke sekolah saya mengalami kerosakan.”
Yang paling menyentuh hati apabila dia memberitahu keadaannya ketika sampai ke sekolah memang sangat keletihan. Banyak peluh di badan dan baju. Kadang kala rasa kurang selesa untuk belajar.
Suka bersukan, berimpian untuk menjadi seorang doktor
Tiada halangan untuk sesiapa sahaja mencipta kejayaan dalam hidupnya. Yang membezakan semangat kita bukanlah kesempurnaan fizikal tetapi kesungguhan yang ikhlas dan tanpa kenal erti berputus asa.
Semangat Parvaiz jika dilihat dia sama sahaja seperti remaja lain yang seusianya. Kecacatan tidak menghalangnya untuk melakukan apa sahaja termasuk bersukan. Bahkan dia amat gemar dengan permainan kriket, bola tampar, dan kabaddi.
“Walaupun saya berasa sedikit rendah diri melihat rakan-rakan boleh berjalan dengan normal, tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT berikan saya kekuatan,” katanya dengan penuh rasa syukur.
Dalam masa yang sama juga, dia berharap sekiranya ada inisitaif yang terbaik boleh diberikan kerajaan seperti memberi bantuan anggota palsu percuma atua apa jua pengangkutan yang boleh memudahkan dia untuk ke sekolah dan tempat lain.
“Usahanya perlu dipuji, Parvaiz sangat berbakat”
Kasih seorang ayah tidak akan membiarkan anaknya sendiri berjuang. Begitulah yang dilakukan olah Ghulam, ayah kepada Parvaiz. Sokongan moral dan kewangan sentiasa disediakan untuk anak lelakinya terus mencapai cita-cita dan masa depan yang baik.
“Saya sangat memuji usahanya dan beliau sememangnya sangat berbakat,” kata Ghulam dengan bangga.
Menurut Parvaiz, ayahnya terpaksa membayar sejumlah wang yang besar di hospital untuk membiayai kos pembedahan pemotongan kakinya. Malah, Ghulam juga terpaksa menjual harta untuk kos rawatan Parvaiz.