Sempat azankan ibu ke Tanah Suci, remaja temui aj4l akibat kem4langan

Runtun jiwa warganet apabila mendengar kisah pemergian seorang remaja, Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli yang maut akibat kemalangan jalan raya di Kampung Bukit Gedong, Melaka tengah hari semalam.

Lebih menyedihkan apabila remaja berusia 19 tahun itu baru sahaja mengiringi ibunya Norzaini Akasah yang berangkat ke Tanah Suci Mekah dengan laungan azan di rumah mereka pada Isnin.

Menerusi beberapa perkongsian di aplikasi TikTok, ibu saudara mangsa dikenali sebagai Ell Akasah memuat naik video mengenang pemergian Allahyarham dengan menyifatkan Haiqal merupakan anak yang soleh.



Laungan azan sebelum ibu ke Mekah

“Doa mengiringi keberangkatan seseorang yang bergelar ibu untuk ke Tanah Suci – Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli – terima kasih Haikal kerana menjadi anak yang soleh yang baik untuk kakak Achik,” tulis Ell.

Video lain pula memaparkan tangkap layar perbualan ibu Haiqal di WhatsApp yang reda dengan pemergian anaknya dan menitipkan doa dari Masjidil Haram agar Allahyarham ditempatkan di syurga abadi.

Patutlah arwah asyik nak bergambar dengan ibunya



“Ibu kat Masjidil Haram. Ibu doa nanti bidadari syurga jaga adik (panggilan arwah). Adik dah penuhi janji pada Rabbnya. Sampai dah waktu dia balik pada yang berhak.

“Ibu reda, halalkan makan minum adik. Maafkan segala salah silap adik. Ada bidadari tunggu adik kat sana,” kata ibu Haiqal dalam group WhatsApp ahli keluarga.


Sementara itu, Ell turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham sudah selamat dikebumikan sekitar jam 2 pagi tadi sambil diiringi oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat.

Selesai kebumi, hujan selebat-lebatnya

Semua perkongsian video tersebut mengundang sebak warganet yang mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.



Memetik laporan Kosmo! Online, motosikal ditunggangi mangsa terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kereta di persimpangan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber: TikTok ellellell7 , Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)
LihatTutupKomentar