Alfatihah.. Pekerja Pasar Raya, Nur Qasrina Alami Kemalangan Motosikal Maut Pagi Hari Ketika Mencari Rezeki. Salam Takziah Buat Keluarga

KEMAMAN – Seorang pekerja sebuah pasar raya maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori treler di Kilometer 137, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kijal di sini hari ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Nur Qasrina Abdul Kassim, 27, dari Kampung Baru Bukit Teruna di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Binjai, Chukai di sini. 

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan hilang kawalan lalu tergelincir selepas terlanggar bahu jalan yang sedikit tinggi kerana baru diturap.

“Mangsa kemudiannya terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lori treler di belakangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Hanyan berkata, mayat Nur Qasrina telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Luahan sahabat baik atas pemergian arwah menyentuh hati netizen:


Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin
LihatTutupKomentar