Gara-gara mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya pada Mei lalu, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Marang hari ini.
Memetik laporan Utusan Online, tertuduh Suhaini Mohd yang juga penagih dadah mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Untuk rekod, ibu empat cahaya mata itu mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.
Suhaini yang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Menjengah ke ruangang komen, dilihat kebanyakan netizen mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh.
“Ringgankan lah hukuman.. bagi la buat kerja sosial ke apa.. memang salah mencuri , tapi tengoklah apa yg dicuri..” – Maisarah
“Patut tolong org susah..dengar betul2 penjelasan knp mesti mencuri..bkn kutuk balik..Bangsa kita memang susah ke menolong sesama bangsa? Kena pilih bulu ke?Sama macam p bengkel..susah nk jumpa yg betul jujur dgn bangsa sendri..sanggup tipu bangsa sendiri utk kaut untung..” – Kata Zuhari
“dua paket milo kena 14bulan penjara yang makan rasuah berjuta2 tu dapat lagi jalan2” – Frenkie
“Aku xtau knpe tuan kedai ni sggup buat cmtu..polis yg tgkap dia tu xboleh ke settle dgn byrkn hrga milo tu..14bln tu lama..cmne nsib ank²nya kelak..” – Jeneral Merah
“Ada anak x tu lahaiii.sesekali tu xperlulh ikut pada undang2 gunalh Hati perasaan pula.semoga dipermudahkn sgl ursn nya” – Iza
Namun ada juga yang menyokong hukuman tersebut disebabkan pelaku itu merupakan penagih dadah.
Sumber: Ohmymedia, Utusan Online (Zaid Mohd. Noor)