Disangka ‘Pergi’ Dibawa Arus, Nenek Meraung Cucu Balik Lepas Hanyut 2 Hari Lalu

Rumah dinaiki air…cucu hanyut 2 hari

Minggu ini, seluruh rakyat Malaysia masih berdukacita berikutan keadaan banjir yang melanda masyarakat di daerah Baling Kedah. Bukan sahaja kehilangan barang-barang berharga, malah ramai juga yang bersedih selepas pemergian ahli keluarga akibat hanyut dibawa arus.

Begitu jugalah seperti kisah dikongsikan oleh Ustazah Asma’ di laman Facebook mengenai seorang nenek yang menyangka cucunya telah ‘pergi’ selepas dibawa arus deras. Bercerita dengan lebih lanjut, ketika itu warga emas berkenaan sedang menjaga cucu lelakinya yang terlantar atas katil akibat demam. Tidak lama kemudian, rumahnya sekelip mata dinaiki air hingga paras pinggang sehingga difahamkan menghanyutkan remaja tersebut sebelum ‘lesap’ selama 2 hari.







Tiba-tiba cucu pegang bahu beliau dengan lembut

Ketika sedang ditemu bual oleh pasukan Ustazah Asma’, bahu Aminah secara tiba-tiba disentuh dengan lembut dari arah belakang. Sebaik menoleh, alangkah terkejutnya dia selepas mendapati cucu yang disangka sudah ‘pergi’ kembali semula ke pangkuan keluarga. Lebih mengharukan, warga emas itu mula merangkul insan tersebut dengan erat sebelum menangis teresak-esak.







Melelh air mata terharu sebak…semoga Allah permudahkan segala urusan Tok dan penduduk yang lain







Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat perkongsian yang penuh hiba itu. Malah, ramai juga sempat menitipkan doa serta berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan kepada penduduk terjejas.
LihatTutupKomentar