Ketika menaiki pesawat, antara kejadian yang paling dig3runi penumpang termasuklah kapten dan anak-anak kapal ialah jika pesawat terh3mpas.
Selain itu, situasi di mana juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kec3masan turut menimbulkan rasa gusar para penumpang. Menurut sumber media Indonesia, Detik, seorang juruterbang dari syarikat penerbangan Indonesia, Citilink dilaporkan sempat melakukan pendaratan kec3masan di Bandara Juanda.
Juruterbang yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Makassar itu dilaporkan meningg4l dunia sebaik sahaja melakukan pendaratan kec3masan. Terdahulu, juruterbang berkenaan dilaporkan jatuh s4kit ketika baru memulakan tugas.
Menurut laporan rasmi dari Citilink, pesawat dengan nombor penerbangan QG 307 itu berlepas pada Khamis, 21 Julai 2022 pada pukul 6.00. Bagaimanapun, menjelang 15 minit di udara, pesawat kembali mendarat di Bandara Juanda kerana kesihatan juruterbang yang terjejas secara tiba-tiba.
Selepas melakukan pendaratan c3mas, juruterbang itu diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan (KKP). KKP Kelas 1 Surabaya kemudian melakukan pemeriksaan kesihatan rutin ke atas juruterbang berkenaan. Setelah pemeriksaan dibuat, pegawai perubatan mendapati tiada denyutan nadi dari juruterbang itu.
Kata Pemangku Ketua KKP Kelas 1 Surabaya, Dr Acub Zainal, sebelum juruterbang Citilink itu meningg4l dunia, dia sempat dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meningg4l dunia oleh doktor. Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menentukan punca kem4tian juruterbang berkenaan.