Khabar duka, dua anggota Tentera Darat Malaysia meninggal dunia dihempap pokok. Salam takziah buat keluarga

Kuala Lumpur: Dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) disahkan meninggal dunia selepas dihempap pokok ketika menjalani operasi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang meninggal dunia itu adalah Sarjan Mohd Kamal Ramli dan Koperal Muhammad Zaki Johari.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, kejadian berlaku pada 2.30 pagi hari ini di pangkalan sementara di kawasan operasi pasukan yang dilanda ribut kencang.

              

“Salam takziah buat keluarga arwah…tinggal kenangan anak buah dlm 2RAMD…inilah pengorbanan yg besar dlm bertugas…. meninggal semasa bertugas ni perbatasan..semoga kedua arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman…aamin” – Fauzi

“AL Fatihah UTK ank saudara saya…kpl Mohd Zaki..terkorban semasa melaksanakan misi UTK negara..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman..amin” – Ramli Omar

“Al fatihah arwah kpl muhammad zaki johari org kg saya tu…salam takziah buat maklong dan paklong johari” – Shukeri

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin

LihatTutupKomentar