lbu tunggal maut dihempap besi tak sempat jamah sayur lemak petola permintaan terakhir

Pasir Puteh: Wanita maut, manakala empat lagi termasuk bayi cedera selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamunting, di sini.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Kemalangan pada 9.05 pagi dilapor membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), dua lori, tiga kereta, dua motosikal dan 21 basikal.

      

Gembira Yusni petanda mahu ‘pergi’

“Arwah kelihatan sangat gembira pulang ke kampung kali ini, malah dia minta saya memasak macam-macam.

“Saya tak sangka ini sebab dia nak ‘pergi’ selama-lamanya,” kata Noraini Tadilin, 44, kakak ipar kepada Yusni Abdul Hamid, 33, yang maut dalam kemalangan babitkan lapan kenderaan dan 21 penunggang basikal, hari ini.

             

Mengenai keadaan Mohammad Sharul Rizal, Noraini berkata, mereka sekeluarga dimaklumkan kanak-kanak itu stabil dan akan dibedah untuk menyambung kakinya yang putus.

“Tetapi kami belum beritahu dia mengenai ibunya sudah meninggal kerana bimbangkan keadaannya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit termasuk Yusni dan lebih sejam untuk kerja pengalihan besi yang setiap satu seberat 30 kilogram.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila treler muatan besi berkenaan dari Jertih, Terengganu cuba membelok ke arah bandar Pasir Puteh sebelum terbabas.

LihatTutupKomentar