Malaysia merekodkan 400 kem4tian setiap minggu akibat rok0k- Khairy Jamaluddin Abu Bakar

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan 400 kem4tian setiap minggu akibat rokok, dedah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, pengambilan tembakau adalah faktor utama pencetus k4nser iaitu penyakit utama yang menyebabkan kem4tian di hospital.

“Produk tembakau juga menyebabkan ket4gihan nik0tin iaitu salah satu kandungan dalam rokok,” katanya menerusi hantaran di laman Tiktoknya, pada Selasa.

Beliau berkata, nikotin mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk sampai ke otak sebaik sahaja perokok menyebut asap rokok.

“Sebab itu sukar perokok untuk berhenti, sekali gus menjadikan ramai yang merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis peny4kit,” katanya.

Tegasnya, rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit kr0nik kepada perokok tetapi ia bukan hanya membah4yakan diri perokok sahaja bahkan orang sekeliling.

“Ingat tiada kuantiti atau Jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Ia sangat memb4hayakan.

“Jauhi rokok. Mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok,” katanya dalam rakaman video itu sempena kempen akta untuk mengh4ramkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas 2007 dibentangkan minggu hadapan.
LihatTutupKomentar