Sangka Selama Ni Besarkan Anak Kandung, Rupanya Adik Sendiri. DNA Bongkar Kisah Budak Ditinggalkan Maati Kebuluran

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah ditemui mati disebabkan kebuluran selepas ditinggalkan sendirian oleh ‘ibunya’ di sebuah apartment. Kejadian tragis itu dipercayai berlaku di Korea Selatan.

 

Menerusi laporan yang dipetik daripada IB Times, kejadian tersebut berpunca daripada seorang wanita yang dikenali dengan nama Kim berusia 22 tahun dipercayai telah meninggalkan kanak-kanak malang itu sendirian di dalam rumah mereka tanpa bekalan elektrik.

Menurut sumber, kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan hampir enam bulan sebelum mayatnya ditemui pada 10 Februari lalu.

          

Hasil daripada siasatan awal mendapati bahawa kanak-kanak itu merupakan anak kandung Kim bersama bekas suami, Hong. Difahamkan, Kim dan Hong telah bercerai pada April 2020 yang lalu selepas bekas suaminya itu mengetahui Kim sedang hamil anak lelaki lain.

Malah, selepas mereka bercerai, Hong juga ada memberitahu Kim supaya menjaga anak perempuan mereka sehingga dia mendapatkan hak penjagaan.

Tetapi malangnya, Kim telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan membiarkan kanak-kanak itu bersendirian sehingga mati kebuluran.

     

Pelik dengan situasi itu, pihak berkuasa kemudian membuat keputusan untuk menjalankan ujian DNA ke atas semua ahli keluarga yang terlibat. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kanak-kanak itu sebenarnya adalah anak kandung Seok (ibu Kim) bersama lelaki lain dan bukannya dengan suaminya yang sekarang.

Ianya secara tidak langsung menunjukkan Seok bukanlah nenek kanak-kanak itu sebaliknya adalah ibu kandung. Ternyata, selama ini Kim telah membesarkan adiknya sendiri dan bukan anak kandung seperti yang disangkakan sebelum ini.

Hal ini berlaku kerana Kim dan Seok telah melahirkan anak perempuan pada waktu yang hampir sama.

Oleh itu, pihak berkuasa percaya kemungkinan Seok secara senyap-senyap telah menukarkan bayi yang dikandungnya dengan bayi Kim kerana tidak mahu orang lain mengetahui dia sudah melahirkan bayi hasil hubungan sulitnya bersama lelaki lain.

Tetapi apa yang menjadi persoalan adalah dimanakah seorang lagi bayi perempuan (anak kandung Kim dan Hong)? Pihak berkuasa kini sedang mencari maklumat tentang keberadaan bayi tersebut.

Susulan daripada itu, kedua-dua beranak iaitu Kim dan Seok telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Sementara, mereka juga sedang mencari bapa kandung kepada kanak-kanak yang ditemui mati itu.

LihatTutupKomentar