Terputus Bekalan Elektrik Ketika Pembedahan, Bayi Baru Lahir Hampir Terputus Telinga

Seorang bayi baru lahir hampir terputus telinga, selepas doktor yang melahirkannya melalui C-section menggunakan pengcahayaan dari telefon bimbit sewaktu proses kelahiran berikutan bekalan elektrik yang terputus, lapor Daily Mail UK kelmarin.

Kejadian berlaku pada 6 Jun lalu, ketika proses kelahiran dilakukan kepada bayi lelaki, Juan Adriel Solis, di sebuah hospital di Mexico yang turut meninggalkan kesan trauma kepada ibu bayi berkenaan.

 

BAYI BARU LAHIR HAMPIR PUTUS TELINGA

Juan Adriel Solis hampir terpotong telinga kirinya oleh doktor yang melahirkannya melalui C-section di sebuah klinik di Mexicali, Baja California, pada 6 Jun. Bayi lelaki itu sedang pulih daripada kecederaan.

Karla Urizandi, 19, melahirkan anaknya ketika terputus bekalan elektrik kira-kira 26 minit di Klinik Pakar Antarabangsa Mexicali di Mexicali, Baja California.

Difahamkan Urizandi mendaftar masuk pada pukul 11 ​​pagi sebelum dipindahkan ke bilik bersalin pada pukul 12:40 tengah hari.

Kemudian, bekalan elektrik terputus sekitar jam 12:48 tengah hari dan penjana sandaran dilaporkan tidak berfungsi.

Ibu muda itu masih mengingati peristiwa tersebut ketika bius digunakan sebelum lampu tiba-tiba terpadam.

Pakar sakit puan yang hadir bersama pakar perbidanan, Doktor David Santoyo dan seorang doktor lain yang tidak dikenali namanya, memilih untuk meneruskan proses kelahiran melalui teknik pembedahan cesarean seperti dijadualkan.

“Tiga telefon bimbit dihalakan ke perut saya untuk dapatkan pengcahayaan dan mereka mula melakukan pembedahan itu. Saya beritahu mereka, saya tidak mahu mati kerana insiden itu sungguh menakutkan,” jelas Urizandi dalam video Tiktoknya.

Pakar perubatan memegang dua telefon bimbit yang digunakan untuk tujuan pencahayaan. Salah seorang doktor memotong telinga kiri kanak-kanak itu semasa mengeluarkan hemangioma.

Urizandi berkata dia berasa ‘sangat takut’ ketika Doktor Santoyo melakukan prosedur pembedahan itu, sebelum telinga kiri anaknya terpotong ketika mereka cuba mengeluarkan hemangioma iaitu tanda lahir vaskular yang menyebabkan kepala Solis membengkak.

“Selepas beberapa minit, saya mendengar bayi saya menangis. Asalnya saya tidak mengetahui kecederaan Solis sehingga suami, Juan Solis, menghampiri dan memberitahu saya berita mengerikan itu,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, setelah itu dia menunggu penjelasan daripada doktor tapi malangnya tiada sebarang penjelasan yang diterima atas insiden itu dan dia berasa kecewa.

Susulan itu, pasangan terbabit memfailkan laporan insiden kepada Pejabat Peguam Negara Baja California disebabkan kecuaian doktor dan pusat perubatan tersebut.

LihatTutupKomentar