Ustaz, kenapa Ustaz berhenti Raihan,Jawaban Ustaz Nazrey Membuatkan Ramai Yang Sebak

Leganya bila boleh tanya sendiri pada bekas Vocalist Raihan ni. Rasanya dah berpuluh tahun saya pendam persoalan ini.

Ustaz Nazrey ni baik dan merendah diri sungguh. Bila beliau tahu saya dan team tengah buat misi kemanusiaan di sini, beliau sendiri yang pergi jumpa kami.

Berbalik pada soalan tadi, Ustaz Nazrey bagitahu dia dulu berhenti Raihan masa tengah top.

Masa tengah top tu lah tiba tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agama Ustaz Nazrey.

” Bila nak datang Sabah? Sini ada 2,3 orang je solat jemaah kalau awak datang sini sekurang kurangnya bertambah la juga bilangan jemaah ”

Beberapa hari juga Ustaz Nazrey ambil masa untuk berfikir dan akhirnya dia bulatkan hati untuk turun dakwah ke Sabah.

Masa berganti masa. 10 hari lamanya Ustaz Nazrey sudah di Sabah. ” Saya tak boleh tinggalkan dakwah di Sabah ni ” Ustaz Nazrey tekad!

Akhirnya setelah menimbang baik buruk dan kerana sayangkan agama maka Ustaz Nazrey ambil keputusan untuk fokus 100% dakwah di Sabah.

Ustaz Nazrey bagitahu saya tak mudah nak buat keputusan tu.

Bayangkan masa tu dia antara artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album dia sahaja lebih daripada 800,000 unit! Sampai sekarang pun tak ada mana mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod tu.
Ustaz Nazrey juga kata masa tu dia dah biasa tidur hotel 5 bintang dan dihormati oleh ramai orang tapi tiba tiba je bila datang Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersusah payah buat kerja dakwah.

Begitulah kawan kawan,

Kehebatan seseorang kadangkala bukan dilihat pada kejayaan dan pencapaian dirinya
Tetapi kehebatan seseorang juga dilihat pada seberapa banyak dan seberapa sanggup dia berkorban
Ibu yang hebat adalah ibu yang paling banyak berkorban.

Ayah yang hebat adalah ayah yang paling banyak berkorban. Begitu juga dengan yang lainnya.
Mereka mungkin tak dapat pingat atau balasan di dunia tetapi percayalah pengorbanan mereka nanti akan sangat bernilai ketika di alam sana nanti. Sebak.

PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih

LihatTutupKomentar