Yusuf Azmi sanggup mogok depan kelab smpai premis ditutup, sekali muncul Syamsul Yusof dengan tiba-tiba buat kenyataan ini




RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Beliau juga turut membuat laporan untuk menggesa penutupan kelab komedi Crackhouse yang menjadi lokasi berlakunya persembahan seorang wanita yang didakwa menghina Islam dengan mengakui diri  seorang Muslim namun membuka baju ketika membuat stand up comedy.

  

Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, beliau menegaskan bahawa bukan semua isu boleh dijadikan bahan lawak dan gurauan terutamanya melibatkan agama dan bangsa.

“Bukan semua benda boleh dijadikan bahan lawak terutamanya membabitkan bangsa dan agama,” katanya.

Yusuf juga mengatakan yang pemilik tempat itu telah banyak kali membenarkan pelawak komediri membuat lawak berkaitan isu sensitif di kelabnya dan menjadikan perkara tersebut satu konten.

       

Selain daripada Yusuf Azmi, kelihatan juga pelawak, Shahrol Shiro dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang bersama-sama  lebih 50 wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Shahrol yang ditemui menyatakan bahawa stand up comedy ini bukan baru di Malaysia namun seharusnya isu yang dibangkitkan tidak melampaui batas seperti mempersendakan agama dan bangsa kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

      

Pengarah filem epik Mat Kilau juga turut mengeluarkan kenyataan dengan menggesa tindakan tegas dikenakan kepada  pemilik kelab kerana tidak dapat mengawal pelawak ketika membuat persembahan.

“Isu ini perlu disuarakan lebih vokal supaya tiada individu dan pihak lain yang mencetuskan suasana tegang selepas ini walaupun sekadar hiburan,” katanya.

Terdahulu, video yang tular berkenaan seorang wanita yang mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran telah membuat persembahan dengan membuka pakaian ketika menyampaikan stand up comedy teruk dikecam warganet.

Tindakannya yang dilihat keterlaluan itu telah menyebabkan dia ditahan pihak polis selama 3 hari untuk membantu siasatan. Teman lelakinya turut ditahan dan masing-masing mengaku tidak bersalah di mahkamah seksyen atas tuduhan menghina agama.

LihatTutupKomentar