Ditegur Punya Suara Sumbang, Aliff Syukri Mahu Tuntut Ilmu Dengan Datuk Mokhzani?

Nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sehingga kini masih menjadi bualan ramai disebabkan lagu duetnya bersama Baby Shima berjudul ‘Baby Sayang’ mendapat kecaman yang teruk oleh pelbagai pihak termasuklah Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail yang turut memberikan komen terhadap nyanyian Aliff.

Mahu Menuntut Ilmu Vokal

Terkini, Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik tangkap layar keratan artikel mengenai dirinya dan mengakui sudah bersedia untuk berjumpa dengan Pengarah RTM itu untuk menuntut ilmu vokal.

“Jangan nanti saya dah menuntut ilmu orang masih tak hargai bakat saya ya. Ok Datuk Mokhzani jom kita berjumpa saya sedia menuntut ilmu untuk menghasilkan karya seni yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.”-Kata Aliff

“Saya Sendiri Pening…”

Tambahnya lagi, dia menyatakan bahawa dia rasa pening dengan apa yang dimahukan oleh orang ramai, walhal dia sudah cuba melakukan yang terbaik.

“Saya sendiri pening apa yang mereka mahukan dari saya. Padahal saya sudah cuba yang terbaik.”-Tulis Aliff



Dipetik dari laporan Harian Metro, Datuk Mokhzani menawarkan diri untuk menjaga vokal Aliff secara percuma sekiranya berhasrat untuk terus menghasilkan lagu selepas ini.
LihatTutupKomentar