Panas hati tengok perangai B40 rosakkan dekorasi lego dalam mall, tua muda perangai sama... Mungkin tak faham larangan dalam bahasa Inggris

SUSUNAN blok lego gergasi membentuk perkataan 'Sunway Carnival' yang menjadi sebahagian daripada dekorasi pusat beli-belah di Pulau Pinang itu nampaknya tidak berkekalan apabila ia punah diusik sebahagian pengunjung tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian seorang pelayar Facebook, kelihatan ramai pengunjung dewasa dan kanak-kanak terlebih teruja bermain-main dengan binaan lego itu sehingga menghilangkan rupa asalnya.

"Perangai buruk betul. Mak bapa anak semua perangai sama. Dah terang-terang tulis jangan duk ubah blok lego tu.

lego 7

Susunan asal blok lego yang membentuk perkataan Sunway Carnival.

"Ia asalnya dibentuk untuk tulisan Sunway Carnival dan untuk "snap and win contest” tapi tengok perangai orang kita ni," ujar pengadu.

Tambah individu itu, dia kasihan mengenangkan nasib kakitangan pusat beli-belah itu yang terpaksa menyusun semula blok lego berkenaan.

"Kesian kat staf mall malam ni apabila dah tutup. Mereka terpaksa susun balik untuk jadi balik ayat Sunway Carnival," ujar pengadu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah B40 gigih hantar anak ke IPTS sebab malu masuk kolej kemahiran! Akhirnya kerja tak dapat, hutang kena bayar

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bongkar mentaliti golongan B40 menyewa di apartment RM350 sebulan! Ada yang bela ayam, karaoke sampai 2 pagi

Menurut seorang individu lagi, mustahil pengunjung tidak peka akan larangan mengubah dekorasi itu memandangkan ada poster pemberitahuan yang diletakkan berdekatan.

Foto-foto kerosakan binaan lego dalam pusat beli-belah itu turut dimuat naik ke laman Facebook sehingga ia mencuri perhatian netizen.

Posting yang dibuat menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini turut menimbulkan kekecohan apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tingkah-laku pengunjung pusat beli-belah itu.



Poster larangan yang diletakkan oleh pihak pusat beli-belah.

"Bukti otak B40 terlalu kreatif, kita sebagai rakyat Malaysia kena bangga apabila ada manusia kreatif macam ni.

"Tolong baca sebelum buat apa-apa. Cikgu sekolah dah ajar, baca dulu soalan sebelum beri jawapan.

"Perangai gatal tangan kot, jenis tak reti duduk diam. Yang mak ayah pun.

Perangai buruk betul. Mak bapa anak semua perangai sama.
PENGADU
"Tengok pakaian selekeh macam tu dah tahu B40. Jadi memang mentaliti kosong.

"Aku paling menyampah dengan bangsa B40. Dia punya pekat tak boleh bincang," tulis beberapa netizen.

Namun, ada juga individu yang tidak bersetuju dan beranggapan tidak semua individu yang merosakkan binaan lego itu terdiri daripada golongan B40.

lego 3

Orang ramai dilihat teruja bermain dengan blok lego berkenaan.

Malah, ada yang turut mempertikaikan poster larangan dalam bahasa Inggeris kerana dikatakan sepatutnya ditulis menggunakan bahasa Kebangsaan.

"Mesti tulis amaran dalam bahasa Kebangsaan barulah faham dan masuk ke hati.

"Golongan B40. Patut tulis bahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau Jawi. Mereka tak faham bahasa England," ujar seorang lagi pelayar Facebook.
LihatTutupKomentar