Pengantin Lafaz Nikah Guna Bahasa Isyarat, Isteri Bangga Tengok Dari Belakang

Tular detik akad nikah pasangan pengantin ‘istimewa’

Apabila bertandang ke sesebuah majlis pernikahan, detik yang paling dinanti-nantikan sudah tentulah lafaz ijab dan kabul oleh pengantin lelaki. Setiap perkataan perlu jelas didengari, jikalau boleh siap gunakan mikrofon depan tok kadi lagi. Namun begitu, berbeza pula prosesnya buat mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Baru-baru ini, detik akad nikah sepasang pengantin ‘istimewa’ di Brunei menjadi tular selepas dimuat naik oleh kenalan pihak wanita iaitu Posh Qifly. Pasangan yang dikenali sebagai Abid dan Haslina Kipli sebelum ini mengikat tali pertunangan bertarikh 20 Februari, sebelum sah diijab kabulkan sebagai suami isteri pada Ahad lalu.



Pengantin lelaki tenang lafaz akad nikah guna bahasa isyarat…isteri pula bangga menyaksikan dari belakang

Walaupun mengalami masalah percakapan dan pendengaran, namun saudara Abid dilihat tenang melafazkan akad nikah guna bahasa isyarat sambil dibantu oleh seorang wanita. Lebih indah, pengantin wanita tekun menyaksikan suaminya dari belakang dengan penuh rasa bangga sepanjang detik tersebut. Pasangan Raja Sehari ini kemudiannya diraikan dalam sebuah acara sanding, yang berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

Aturan Allah tu cantik sangat, jarang dapat tengok moment macam ni…air mata jantan pun boleh menitis







Selain menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan sehati sejiwa berkenaan, rata-rata netizen akui sangat terharu dan kagum dengan moment akad nikah yang jarang dilihat tersebut. Bahkan sehingga kini, klip video berdurasi 3 minit itu telah meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan.
LihatTutupKomentar