Pengarah urusan dip3njara 10 tahun, didapati bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas 23 pertu.duhan pen!puan pakej umrah bernilai RM434,250

SUNGAI PETANI – Seorang pengarah urusan dijatuhkan hu.kuman pen.jara 10 tahun setelah didapati bers4lah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kes4lahan melakukan pen!puan pakej umrah sejak 2015 hingga 2016.

Majistret Arif Mohamad Shariff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan k3s melampaui ker4guan munasabah ke atas tertu.duh Misbahalmunir Omar, 56, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd.

Mahkamah menjatuhkan hu.kuman 10 tahun pen.jara bagi setiap pertu.duhan terhadap Misbahalmunir setelah didapati bersalah atas 23 pertu.duhan di mana kesemua hu.kuman penj4ra berjalan serentak dari tarikh sabitan (Isnin).

Misbahalmunir didapati bersalah meni.pu mutawif, Amzari Halim, 43, yang terpedaya akan diberikan tiket penerbangan peserta Kembara Mahabbah ke Mesir pergi dan balik serta tiket penerbangan Mesir dan umrah pergi dan balik yang dijadualkan pada 29 dan 30 Januari 2016.

Perbuatan itu telah mendorong Amzari menyerahkan wang transaksi antara RM2,000 hingga RM36,600 ke dalam beberapa akaun milik syarikat tertu.duh, ahli keluarga dan pekerja bermula 2 November 2015 hingga 28 Januari 2016.

Sebanyak 56 transaksi telah dilakukan di beberapa lokasi di Kedah, Johor dan Selangor sepertimana dalam kesemua 23 pertu.duhan yang berjumlah RM434,250 mewakili 202 bakal jemaah umrah.

Akibat perbuatan itu, tertu.duh disabitkan kes4lahan di bawah Seksyen 420 Kanun Kes3ksaan dan boleh dihu.kum bawah peruntukan sama yang membawa hu.kuman pen.jara antara satu hingga 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh dikenakan den.da jika sabit kes4lahan.

Tertuduh tidak dihukum dengan sebatan berikutan faktor umur melebihi 50 tahun. Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hu.kuman atas alasan tertu.duh akan memfailkan rayuan bagi kesemua pertuduhan.

Pihak pembelaan juga memohon agar hu.kuman diringankan memandangkan tertu.duh dikatakan bakal melakukan pemb3dahan mata, mempunyai anak aut!sme dan isteri yang sedang menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah.

Mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hu.kuman dengan menetapkan jaminan RM88,000 di mana wang jaminan sebanyak RM80,000 dikekal dan ditambah RM8,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah sehingga rayuan selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin dan Galvin Loo Wei Ming di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff. Tertu.duh diwakili Peguam Siti Salwa Jaafar, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli dan Siti Haslina Hasbullah
LihatTutupKomentar