Bunga tak sekuntum,kumbang tak seekor,tetapi kadang2 bunga yang sekuntum dan kumbang yang seekor itulah menjadi jodoh kita jika sudah ditakdirkan oleh Allah.
Sehingga jika bebicara soal,jodoh,rezeki dan ajal ada dikisahkan bagaimana seekor ikan bilis dilautan luas yang hendak kita makan di mulut,jika sudah ditetapkan ianya kepunyaan kita.Tetap akan sampai dimulut kita untuk kita makan.
Begitulah kuatnya jodoh pertemuan itu jika sudah tertulis dan ditetapkan oleh Allah.
Dan baru baru ini sensasi di media sosial yang dikongsikan oleh pengguna tik tok @Fiithryyyy_22 yang berkongsi kisah rakan baiknya sewaktu disekolah menengah kini bergelar emak tirinya. Video ini juga telah mendapat tontonan sebanyak 22.6 juta orang.
Mereka juga telah membuat satu akaun Tik Tok bersama yang baru atas nama @anisa_fithry dan berkongsi momen-momen indah mereka berdua.
Pasangan itu telah bernikah pada 22 Ogos lalu dan disatukan dalam majlis yang meriah. Tidak kisah kawan baiknya menjadi ibu tirinya, akui Fiitryyy beliau gembira kerana mereka sudah menjadi keluarga untuk seumur hidup.
Dan dalam perkongsiannya, dilihat remaja ini tidak kekok sedikit pun untuk memperkenalkan kawan sekolahnya itu sebagai ibunya.dan bukan itu sahaja raut wajah mereka juga dilihat seakan seiras.
Walaupun ramai tidak menyangka bagaimana dari kawan sekolah yang rapat boleh berakhir dengan ibu tiri tetapi itulah namanya jodoh.
Dan pada kita mungkin merasakan ianya mungkin janggal dan unik untuk diterima pada hati,tetapi kredit pada beliau menerima dengan penuh lapang di dada.