Anak kecil sememangnya sangat sensitif dari segi kesihatan mereka. Jadi, sebagai ibu bapa atau orang yang lebih dewasa, kita seharusnya lebih peka dan elakkan mereka dari terdedah di kawasan atau persekitaran yang tidak sihat.
Namun, jika ibu bapa sendiri yang mendedahkan anak kecil terutamanya bayi dalam lingkungan sebegitu, mereka seharusnya belajar lagi untuk menjadi orang tua kerana bimbang anak-anak membesar dalam persekitaran negatif.
Apa punya jenis orang macam ni
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter apabila berkongsi rakaman semula Insta Story menunjukkan seorang lelaki menyuapkan vape ke mulut seorang bayi.
Yang rakam pun bukan main support
Video tersebut juga dirakam oleh seorang wanita yang mungkin ahli keluarga kepada bayi tersebut memandangkan dia memanggil lelaki terbabit sebagai ‘abi’.
Tindakan kurang bijak pasangan berkenaan telah mengundang rasa marah pengguna media sosial terutamanya Twitter apabila menyelar perbuatan bodoh terbabit.
Kesian baby jumpa orang yang tak bijak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa marah dengan sikap tidak peka pasangan tersebut.
Walaupun tahu bayi berkenaan adalah ahli keluarga mereka, namun tugas orang dewasa adalah melindungi anak-anak daripada terdedah dengan sebarang penyakit bukannya sengaja ‘mencari’ penyakit melalui tindakan-tindakan kurang cerdik seperti itu.
Jauhkanlah dari dapat pasangan yang bodoh macam ni
Dia ingat lawak la kot macam ni
Jenis pandai buat anak je la ni
Kalau nak bergurau tu guna la akal
Kalau nak mati, matilah sorang2
Dah lapor ke JKM
Difahamkan, pengguna Twitter dikenali sebagai @fanaizty telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya perkara ini disiasat dan mereka dikenakan tindakan undang-undang berikutan perbuatan kurang bertanggungjawab tersebut.
Sumber: Twitter fanaizty