Ustaz Kazim Bakal Ke Negara Arab Jalani Rawatan, Dedah Terima 800 Tawaran Rawat Peny4kitnya. “Saya terima tawaran dari India, Turki dan negara Arab. Saya pilih Arab”-Ustaz Kazim

penceramah bebas, datuk mohd kazim elias dilaporkan akan menjalani rawatan peny4kit kulit yang dihidapinya di negara arab selama lima hari.

memetik laporan sinar harian, mohd kazim atau lebih mesra dipanggil ustaz kazim akan berangkat ke negara itu pada bulan hadapan.

“kalau dahulu bahagian kaki sahaja kini sudah satu badan hingga naik ke muka. keluar rumah saya akan pakai lima lapisan bedak asas tebal untuk melindungi muka daripada cahaya matahari dan sebagainya.

“kalau jumpa saya waktu siang, nampak elok kerana bedak. saya masih dalam proses rawatan dan dalam masa terdekat akan ke luar negara di arab.

“setakat ini pergi lima hari namun bergantung kepada rawatan,” katanya kepada sinar harian selepas merasmikan pusat dakwah pertubuhan kebajikan islam malaysia (perkim) dan rumah ngaji nurul sakinah di kampung paya, batu kurau pada ahad.

terima 800 tawaran daripada pusat rawatan

menurutnya lagi, beliau telah menerima hampir 800 tawaran daripada pusat rawatan tradisional dan individu yang mahu membantu merawat penyakitnya.

“saya terima tawaran dari india, turki dan negara arab. saya pilih arab.

“ramai pakar perubatan bantu saya setakat ini dan nampak banyak perubahan. bahagian kaki dan badan sudah cantik serta kering lukanya,” katanya.

amalkan pemakanan sunnah seiring rawatan moden

beliau juga mengulas mengenai amalan pemakanan sunnah yang seiring dengan kaedah perubatan moden.

“kalau ada yang mengatakan saya menolak perubatan moden itu tidak benar. saya menerima rawatan jantung dan diabetes di hospital termasuk rawatan ketika ini.

“saya cuma katakan jangan ketepikan rawatan sunnah. saya tidak pernah tinggal habbatus sauda, madu lebah dan lain-lain sebagai salah satu usaha rawatan,” katanya.

terdahulu, beliau menarik perhatian ramai apabila tampil mengenakan topi dan menutup bahagian mukanya ketika menyampaikan ceramah baru-baru ini.

difahamkan, pihak doktor menasihatkan beliau agar tidak mendedahkan secara terus anggota tubuhnya kepada cahaya matahari.

sejak beberapa bulan yang lalu, ustaz kazim telah berkongsi secara terbuka mengenai penyakit misteri yang dialaminya.
LihatTutupKomentar