‘Cepatnya Abang Pergi..’ Baru 2 Minggu Berkahwin Suami Dijemput IIahi Ketika Sedang Mencari Rezeki

Seorang penghantar makanan Grabfood terk0rban selepas motosikal ditunggang diIanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemaIangan yang tuIar di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat, Klang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2 petang melibatkan lima kenderaan itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal lain cdera prah.



Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian kedua-dua lelaki berusia 34 dan 29 tahun itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

Kata beliau, kemaIangan berlaku ketika kereta Nissan X-trail mahu membeIok ke kanan jalan tersebut.

“Pada waktu itu, sebuah lagi kereta jenis sama di laluan berkenaan mahu meneruskan perjalanan lalu berIanggar.



“Dua SUV itu kemudian trbabas dan masing-masing meIanggar dua motosikal serta sebuah Proton Wira di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Vijaya Rao, perIanggaran itu mengakibatkan penghantar makanan Grabfood yang berusia 34 tahun meninggaI dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital.



Tambah beliau, kedua-dua pemandu SUV berusia 20 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai makIumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fadli Ismail di talian 017-2141318 atau balai polis berdekatan,” katanya.



Salam takziah buat isteri dan keluarga moga tabah hadapi dugaan kejadian yang menimpa dan kehilangan insan tersayang. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Alfatihah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber dipetik dari DB, K! Online. via MyTvViral

Posted in: Berita, Semasa
LihatTutupKomentar