Nak upah tukang tapi bajet nipis, ustazah ini nek4d buat rumah sendiri…

TIADA pengalaman bukan alasan bagi ibu tunggal ini untuk membina sendiri sebuah rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi.

Lebih-lebih lagi apabila mengambil kira harga barang binaan yang semakin meningkat di samping kos pertukangan jika dia mendapatkan khidmat tukang rumah.

Ketika dihubungi mStar, Auni Hazwani Faizun berkata, keputusan tersebut dibuat selepas dia dimaklumkan kos untuk membuat kandang kambing sahaja sudah hampir mencecah RM10,000.

“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik… kalau upah lagi la (mahal).

“Sebab sebelum ni ada juga tanya kawan berapa upah kalau nak buat kandang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.

“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri rumah ini,” luahnya.

Kerja-kerja membina rumah dilakukannya sendiri.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, rumah yang sedang dibinanya itu mempunyai dua bilik tidur.

Katanya, kesukaran membuat pinjaman bank menyebabkan pembinaan rumah tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa singkat.

“Dah lama saya rancang nak buat rumah ni iaitu selepas mak bahagikan tanah kepada anak-anaknya.

“Saya ada enam adik-beradik yang mana empat orang menerima tanah di tempat lain manakala tanah rumah mak dibahagikan kepada saya dan adik. Jadi saya ambil tapak yang ada garaj.

“Disebabkan tak dapat buat pinjaman bank, saya guna sepenuhnya duit gaji yang diperolehi daripada mengajar al-Quran dan fardu ain di asrama.

“Waktu pagi saya bekerja sebagai tukang kayu,” ujarnya sambil menambah kedua-dua pendapatan yang diperoleh tidak dapat membantunya membuat pinjaman perbankan.

Bercerita lanjut, wanita berusia 30 tahun yang berasal dari Kuantan Pahang ini memberitahu, pada masa ini dia sudah menyiapkan bahagian dapur rumah.

“Saya mula sejak September tahun lepas dengan menaikkan tiang rumah… bahagian ini saya dapatkan pertolongan daripada ayah dan adik kerana tiang berat.

Pengalaman tak ada, tapi sebelum ini pernah ubat suai dapur rumah mak dan abah ikat bata sendiri. Jadi dari situ saya belajar.

AUNI HAZWANI

“Pada masa tu dah ada ikat bata tapi terhenti sekejap sebab saya di masukkan ke h0spital.

“Jadi, 27 Ogos lalu baru saya mula balik buat dinding dapur yang tergendala sebelum ini,” luahnya yang merupakan graduan Diploma Dakwah dan Pengurusan.

Mengakui tidak mempunyai pengalaman membina rumah, Auni berkata dia menjadikan YouTube sebagai tempat rujukan.

Dinding dapur berjaya disiapkan dalam tempoh tiga hari.

Selain itu, dia mengutip pengalaman daripada bapanya yang pernah melakukan kerja ubah suai dapur rumah.

“Pengalaman tak ada, tapi sebelum ini pernah ubah suai dapur rumah mak dan abah ikat bata sendiri. Jadi Daripada situ saya belajar kerana saya hanya kerja buat kabinet sahaja.

“Pada masa sama, saya selalu tengok tukang rumah membancuh simen sehingga menaikkan dinding,” jelasnya yang menjangkakan rumahnya siap pada tahun hadapan.

Tambah Auni dia yakin mampu membina rumah impiannya sendiri meskipun mengambil masa yang lama disebabkan faktor kewangan.

Menurutnya lagi, sejak memulakan pembinaan rumah, dia merasakan tugasan tersebut tidaklah sukar.

Tambahan pula dia sememangnya gemar dengan aktiviti lasak.

“Nak kata susah buat tu, tak sangat sebab saya dah biasa dengan benda lasak… yang berat cuma bancuh simen, tapi saya buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Auni menyukai aktiviti lasak.

“Alhamdulillah, dinding dapur berjaya disiapkan dalam tempoh tiga hari. Bahagian lain akan saya siapkan mengikut kewangan semasa,” tambahnya.

Terdahulu, video perkongsiannya membina rumah menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di aplikasi TikTok.

Malah dalam tempoh kurang lapan jam, videonya telah ditonton lebih 710,000 pelayar di samping 58,000 tanda suka.

Rata-rata warganet memuji usaha Auni selain turut menyatakan apa yang dilakukan itu bertepatan jika diberikan hantaran yang tinggi.

“Ni baru betul hantaran RM20,000. Mak saya pesan… nanti cari yang macam ni.

“Alamak! Lagi cantik dia ikat bata daripada aku. Saya pun buat rumah sendiri je.

“Untung dapat bini (isteri) macam ni, bawa keluar modal beli barang… rumah dah siap,” ujar beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
LihatTutupKomentar