Seorang warga emas lelaki berusia 90 tahun berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
Sebuah rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @iceeminn123 memaparkan detik-detik kejayaan warga emas itu ketika sampai di puncak tertinggi negara sambil dipimpin seorang pendaki lain kelmarin.
Katanya, warga emas yang berasal dari Papar, Sabah itu merupakan pendaki tertua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
“5 September 2022, Poh, 90 tahun. Apa-apa pun tahniah, rekod terbaharu bagi pendakai tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu setakat ini,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga emas itu selain mempunyai stamina tinggi kerana bukan mudah untuk berada pada tahap itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!