Takkan miskin kalau nak buat apa-apa untuk mak. Rezeki RM5 Juta, Nubhan Sewa Limosin Buat Kejutan Untuk Omak Jenny!-Rezeki tak salah alamat…semua dengan izinya…”-Nubhan

Penyanyi Nubhan membuat kejutan dengan menyewa Limosin khas buat ibunya, Badariah Omar, 77, atau dikenali sebagai Mak Jenny simbolik hadiah bersempena kejayaan perniagaan ibunya mencatat jualan RM5 Juta dalam tempoh setahun.

Begitulah cara yang dilakukan oleh seorang anak ini bagi menghargai dan membahagiakan ibu tercinta. Jelas Nubhan, 36 atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, hadiah itu bersempena kejayaan perniagaan ibunya, Sambal Omak Jenny yang telah mencecah jualan RM5 juta dalam tempoh setahun.



“Itu kejutan untuk mak sempena jualan sambal mencecah RM5 juta dalam tempoh setahun selain meraikan genap setahun perniagaan ini diusahakan. Sejujurnya, saya tak menjangka mak mendapat jualan sebanyak itu. Ternyata ramai sayangkan Mak Jenny.

“Sebenarnya puas juga memujuk pihak Limosin untuk buat kejutan di Batang Kali, Hulu Selangor. Sebabnya itu kawasan kampung dan nak masuk ke resort agak susah. Tapi alhamdulillah, mereka bagi kerjasama juga.



“Saya sewa RM6,000 selama beberapa jam saja. Lebih mahal dari naik helikopter tempoh hari. Tapi demi mak tidak mengapa. Disebabkan mak jugalah saya dapat naik limosin dan helikopter. Pendek kata, kita kongsi rezeki,” katanya.

Lepas Ni Bawa Mak Ke Turki

Menurut Nubhan, dia sebolehnya berusaha memenuhi setiap permintaan dan impian ibunya.

“Dari dulu lagi mak banyak keinginan. Cuma, dalam keadaan dirinya sekarang yang dah tua, kalau ke mana-mana kena ada orang ikut dan bantu pergerakannya.

Jadi untuk memenuhi segala kehendak dia, apabila bisnes ini sudah sampai tahap ni, bukan saja mak saja, tapi orang lain juga dapat nikmatnya. Sekarang ini mak cuma nak menikm4ti hidupnya. Tak ada apa nak difikir dah.

“Ramai terhibur telatah mak yang spontan. Bila dah ramai suka, saya teruskan saja buat video. Saya tak pergunakan mak pun. Sebaliknya, dalam setiap video itu banyak memberikan mesej mendalam mengenai kasih sayang ibu. Kita takkan miskin kalau nak buat apa-apa untuk mak. Malah, rezeki tu makin banyak.

“Selepas ini nak bawa mak ke Turki. Dia nak tengok bunga tulip. Itu adalah permintaan yang belum saya tunaikan. Jadi, kena tunggu musim bunga baru boleh pergi,” katanya.
LihatTutupKomentar