’Wajahnya Ceria Seperti Baru DiIahirkn..’Perginya Anak Tercinta Selepas 13 Hari PeIuk lslam

“Sudah lama anak berminat dengan Islam, tetapi hasrat itu tertangguh sebaik dia dimasukkan ke hospital kerana menjalani rawatan akibat pnyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu,” kata Hanna Zulaikha Abdullah, 51.

Hanna Zulaikha berkata, dia terlebih dahulu memeIuk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, pada 3 Ogos lalu.

Sementara, anak perempuannya, Fatimah Abdullah, 25, memeIuk agama Islam pada 8 September lalu, ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

“Arwah sendiri memilih nama Fatimah sebaik mengucapkan dua kalimah syahadah di katil hospital baru-baru ini.

“Wajahnya nampak ceria dan dia memberitahu jiwanya terasa tenang seolah-olah baru dilahirkan walaupun ketika itu sedang saklt,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkburan Islam Ainsdale semalam.

Hanna Zulaikha berkata, walaupun sedih dengan pemergian anaknya pada 20 September lalu, namun dia bersyukur kerana Fatimah ‘pergi’ selepas memeIuk agama Islam.

“Ketika nazak, arwah anak sempat menyebut nama Allah dengan terang yang membuatkan saya benar-benar terharu,” katanya.



Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak Pusat Dakwah Islamiah, Paroi yang membantu menguruskan pengebumian arwah Fatimah.

Katanya, jnazah anaknya baru dapat dikebumikan hari ini kerana perlu melalui pelbagai pr0sedur perubatan, selain perlu disahkan bebas C0VID-19.

Sementara itu, petugas pengurusan saudara baru, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Fathiah Doris Abdullah berkata, dia dihubungi ibu arwah memaklumkan anaknya yang sedang menerima rawatan di hospital ingin memeIuk agama Islam.

“Saya bersama rakan pejabat terus ke Hospital untuk menunaikan hasrat arwah,” katanya.

Salam takziah buat keluarga moga tabah hadapi dugaan. Moga roh arwah dicucuri rahmat ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber dipetik dari DB, HM via MyTvViral
LihatTutupKomentar