Kabar Pilu, Pelakon Veteran Datuk Haji Baharuddin Omar Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam sekitar pukul 6.30 petang Sabtu.
Berita duka pemergian aktor yang pernah menempah kemasyhuran menerusi watak Anjang Aki dalam drama bersiri terbitan RTM dan filem Irisan Irisan Hati itu disahkan oleh isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar.
Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan kehilangan sebutir permata yang pernah menyinari dunia perfileman suatu ketika dahulu.
Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar, 85, atau lebih dikenali dengan watak Anjang Aki dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang ini.
Berita pemergiannya disahkan oleh isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar kepada BH Online
“Arwah baru selesai makan dan kemudiannya, masuk ke bilik untuk berehat. Saya pula ke dapur, namun saya mendapati arwah sesak nafas sebaik meninjau keadaannya dalam bilik.
“Selepas itu, arwah langsung tidak sedarkan diri. Saya dan dua anak berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.
“Alhamdulillah, arwah pergi dengan mudah. Saya kemudiannya menghubungi anak-anak lain memaklumkan berita pemergian arwah,” katanya kepada BH Online.
Walaubagaimanapun, cucu Allahyarham Burhanuddin yang juga merupakan seorang doktor di Klang mengesahkan arwah meninggal dunia bukan disebabkan pandemik COVID-19.
Allahyarham Baharuddin meninggalkan tujuh cahaya mata dan dua anak tiri. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Baharuddin, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.