Kereta terbabas, pelumba drag ma*t kemalangan di litar lumba


Kereta terbabas, pelumba drag ma*t kemalangan di litar lumba

Seorang pelumba drag yang dikenali sebagai Apeh Jamal dilaporkan maut ketika menjayakan perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, Apeh atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin meningg*l dunia akibat kecederaan parah.

Menerusi video tular di media sosial, kereta lumba yang dipandunya dilihat hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok di tepi litar.

Berikutan kejadian tersebut, pihak penganjur telah menangguhkan perlumbaan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Meninjau di laman Facebook, orang ramai terutama kenalan dan peminat sukan tersebut meluahkan kesedihan atas pemergian mengejut Allahyarham.

Rata-rata mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa selain mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan para solehin

LihatTutupKomentar