55 bertempiaran stor kedai serbaneka terbakar

Pelanggan yang sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai Serbaneka RM2 di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak di sini terkejut dengan kejadian kebakaran yang berlaku pada petang tadi.

Dianggarkan sekitar 40 orang pelanggan berada di premis tersebut dan 15 pekerja bertempiaran melarikan diri apabila stor barangan terpakai berukuran 14 kaki x 16 kaki tiba-tiba terbakar.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.56 petang.

“Sebaik sahaja Pasukan Keluaran Operasi ( PKO ) tiba memang benar terdapat kebakaran disebuah melibatkan bahagian stor barangan terpakai yang terkunci ketika kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahadir yang bertindak sebagai Komander Operasi berkata, kemusnahan dianggarkan lebih kurang 40 peratus dari keseluruhan bangunan

LihatTutupKomentar