Selepas KEJAYAAN BESAR FiLEM MAT KiLAU.MOHON PENGARAH HEBAT SYAMSUL BIKIN FILEM TRAGEDI MEMALI... JEMPUTAN VVIP 👹MAT KERALABARU BERTEPATAN👍

Toggle navigation
TAG POPULAR # ISU SEMASA (920)# POLITIK (518)# KOLUMNIS (424)# DALAM NEGERI (273)# MINDA TOK GURU (175)# TERENGGANU (145)# EKONOMI (118)# KESIHATAN (105)

Memali: 35 Tahun Berlalu
Meluruskan Sejarah Tragedi Memali: 35 Tahun Berlalu
Meluruskan Sejarah Tragedi Memali: 35 Tahun Berlalu
selama 35 tahun dahulu adalah mercu tanda kezaliman, berlaku di zaman pemerintahan Tun Mahathir, 19 November 1985 adalah tarikh bersejarah yang sentiasa mekar dalam ingatan kolektif kita semua.

Pantas masa berlari memutar jarum jam, Memali adalah arca yang berdiri memantulkan persoalan demi persoalan, segalanya sangat rahsia seperti membuka kotak pandora yang pemalu.

Rakyat Malaysia ingin tahu dimanakah Tun saat peristiwa tersebut?

Benarkah di dalam negara atau di negara China?

Rakyat ingin tahu apakah sebab kematian sebenar empat orang anggota keselamatan yang terlibat dan apakah yang dimaksudkan SOP pihak keselamatan oleh Tun selama ini.

Dekad 1980an adalah dasawarsa kebangkitan Islam yang menyaksikan kerajaan BN melancarkan kempen Penerapan Nilai Islam untuk menghadapi kebangkitan Islam yang sedang bersemarak hangat.

Dasawarsa ini juga menyaksikan keghairahan anak muda untuk menyeru kerajaan melaksanakan tuntutan Islam, manakala regim bertindakbalas dengan tangkapan-tangkapan ISA.

Watak utama yang menjadi ikonik tragedi ini ialah assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud yang dikenali juga sebagai Ustaz Ibrahim Libya.

Beliau adalah pendakwah dan ulama yang pernah mendapat pendidikan di Deoband, India, Universiti al-Azhar, Mesir dan juga Maahad Dakwah di Tripoli Libya.

Beliau yang juga pemidato yang handal sehingga pernah dinobatkan sebagai pendakwah terbaik di Wilayah Persekutuan, aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di Lembah Klang.

Ustaz Ibrahim berkerja dibawah Pusat Islam sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan pulang ke daerah kelahirannya untuk sepenuh masa menyebarkan pencerahan dan ilmu agama untuk masyarakat desa yang dahagakan ilmu.

Ustaz Ibrahim mengasaskan pusat pengajian Islam di kampung Memali, Baling, aktif menyampaikan kuliah agama di Utara Semenanjung dan popularitinya dengan pantas mencuat dikalangan masyarakat Utara Semenanjung.

Beliau pernah bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 1978 di DUN Bayu, namun tewas tipis kepada calon BN.

Selain itu pernah menjadi Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah pada tahun 1978 dan juga Pengerusi ABIM daerah Baling.

Suara pemuda PAS sangat vokal dalam dekad 80an, pada tahun 1984 , berlaku tangkapan kepada tokoh-tokoh pimpinan pemuda PAS dibawah ISA, antaranya ustaz Abu bakar Chik, ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Bunyamin Yaakob dan Ustaz Ibrahim antara nama yang tersenarai untuk ditahan tanpa bicara.
Namun pihak berkuasa gagal menahan Ustaz Ibrahim kerana beliau dikawal rapi oleh penyokong-penyokongnya yang setia.

UMNO kedah semakin gelisah dengan populariti Ustaz Ibrahim yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman, sentiasa hadir menyampaikan kuliah dimana sahaja beliau dijemput.

Alunan plot ceritanya hampir sama dengan peristiwa Talangsari dan Tanjung Periuk di Indonesia.

Ribuan anggota keselamatan dikerah untuk mengepung lokasi Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, warga desa tak berdosa di daerah agraria itu.

Memali bergema dengan ledakan senjata api, mengalir darah syuhada bahkan menyebabkan anggota polis juga terkorban dalam misi ini.

Panggung misteri belum terungkap, dengan senjata apakah anggota polis itu terbunuh.

Usai tragedi Memali, seluruh media perdana terus menghukum Ustaz ibrahim dan pengikutnya sebagai penganut ajaran sesat, manakala ulama PAS dan ulama pondok di Kedah seperti Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Yahya Juneid mengistiharkan mereka yang teraniaya itu sebagai syuhada.

Perintah berkurung telah dikenakan di daerah ini serta penangkapan ISA sekali lagi menyerkap para pengikut Ustaz Ibrahim Mahmud.

Rentetan daripada itu juga sekatan kepada ceramah-ceramah PAS di seluruh negara, PAS berjaya menenangkan ahli-ahlinya yang gelisah.

Manakala seluruh media arus perdana tak lelah menyudutkan PAS sebagai kambing hitam dalam tragedi ini.

Peristiwa Memali 35 tahun lalu tetap utuh bersemayam ditangkai hati kita yang cintakan kebenaran dan perjuangan Islam.

Walaupun terabai di mahkamah dunia namun mahkamah akhirat pasti kezaliman ini disingkap tirainya yang berlapis-lapis.

Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ikon perlawanan diantara hak dan batil, juga keteladanan dijalan dakwah yang penuh dengan hamparan mehnah dan ibtila’.

Sosok pendakwah yang mengorbankan kesenangan hidup untuk menjadi lantera dalam kegelapan pekat kejahilan masyarakat desa Baling.

“Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalang tanah” frasa kata itu terpacul daripada mulut almarhum sebagai manifestasi menyintai kebenaran dan tidak akan bermanis muka dengan kebatilan.

Bagi saya, Tun Mahathir masih mempunyai ruang memperbaiki kesilapan lalu, memohon maaf secara terbuka pada keluarga mangsa, meluruskan sejarah Memali yang dipalit dengan fitnah.

Kembalikan semula maruah Ustaz ibrahim yang tercalar, membayar pampasan yang setimpal pada waris-waris mangsa Memali.

Tun mempunyai kuasa, maka manfaatkan untuk membetulkan keadaan dan menjernihkan kembali prasangka yang tertanam lebih tiga dekad itu.

Di antara mereka yang terkorban dalam tragedi ini ialah Ibrahim Mahmood, Ahmad bin Hassan, Syafie Dahaman, Abdullah Saman, Radzki@Zakaria Ahmad, Hambali Mohammad Senang, Idris A. Kadir, Mohd Aroff Hasyim, Zamri Mohd Isa, Abdullah Yassin, Mohd Daud Kadir dan Ahmad Ismail.

Manakala anggota polis yang terbunuh ialah Insp. Azmi Hamzah, Sarjan Abd. Rahman Mat Noor, Konstabel Jaafar Sain dan Konstabel Mohd Suli Uthman.

Pihak polis telah menahan seramai 110 orang pengikut Memali (penyokong Ustaz Ibrahim) dalam penjara dan menahan 36 orang di bawah ISA serta ditempatkan di Kem Kemunting, Taiping mulai 22 Januari 1986.

Di antara mereka yang ditahan ialah:

1. Razali Abd Kadir

2. Abd. Rahman Salleh

3. Hussain Yahya

4. Osman Salleh

5. Ishak Che Noh

6. Che Mid Che Teh

7. Shaari Ahmad

8. Elias Mahmood

9. Khatib Ibrahim

10. Tajuddin Osman

11. Ahmad Kadir

12. Abd. Hamid Omar

13. Zulkifli Ishak

14. Sobiri Hassan

15. Ramli Salleh

16. Zakaria Jusoh
17. Manas Abdullah

18. Sahimi Hussain

19. Zaman Mahmod

20. Abd. Rahim Awang Boh

21. Ishak Che Him

22. Azmi Jusuh

23. Abd Raof Ismail

24. Abd Rahim Husin

25. Abas Ibrahim

26. Md. Piah Abdullah

27. Ramli Che Mid

28. Abdullah Che Soh

29. Ahmad Ayub

30. Mat Hassan Salim

31. Zakaria Abd. Rahman

32. Jaafar Nayan

33. Mansur Othman

34. Azmi Salim

Memali adalah mercutanda kezaliman regim penguasa terhadap pejuang Islam negara ini.

Tirai kezaliman regim tirani yang akan terus diingati oleh pencinta Islam negara ini, moga keadilan kepada mangsa-mangsa Memali dapat ditegakkan.

OLEH: DR RIDUAN MOHAMAD NOR

LihatTutupKomentar