Kenyataan Rakyat Diminta Kurangkan Makan Telur Buat Ramai Tak Senang

Umum sedia tahu, bermula 1 Julai beberapa harga barangan telah naik daripada sebelumnya. Antara barangan tersebut adalah minyak masak, telur dan beberapa makanan asas lain.

Ini membuatkan ramai mula mengeluh kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan barang makanan tersebut. Jika dulu dapat makan lauk telur antara menu paling ringkas dan agak murah berbanding lauk lain. Tapi kini harga telur pun sudah semakin meningkat naik.

Susulan itu kenyataan dari sebuah rakaman ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam video yang dimuat naik itu kelihatan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar sedang memberikan kenyataannya kepada media

Foto hiasan / Kredit Harian Metro

Dalam kenyataannya dia memberitahu supaya kurangkan s1kit makan telur kerana tahu harga telur tinggi. Berikut adalah video kenyataan tersebut yang membuatkan ramai tidak berpuas hati mendengarkannya

Perkongsian semula rakaman ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 10 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut

“Kalau jawapan macam ni aku pun boleh jadi menteri. Rasa cerdik sikit nak jawab”

Screenshot at Jul 02 13-37-13

Screenshot at Jul 02 13-36-49

makan telur 2

makan telur 1

LihatTutupKomentar