Kisah Seorang Wanita Dermawan. “Mewakafkan Tanah Yang Nilainya Mungkin Mencecah Jutaan Ringgit Dijadikan Pusat Tahfiz Al-Quran

Terbaca satu coretan mengenai kisah seorang wanita dermawan yang telah dijemput ilahi dengan dengan peninggalan saham akhirat yang akan terus mengalir sampai bila-bila.. Allahuakbar. jom baca perkongsian di bawah ini.

Pn Hajah Norlayani Othman, seorang wanita yang dermawan yang hebat. Masakan tidak, beliau telah mewakafkan sebidang tanah seluas 5 ekar yang nilainya mungkin mencecah jutaan RM untuk dijadikan sebuah pusat tahfiz Al-Quran.

Pada 2 Februari 2021, seluruh warga maahad tahfiz dan sahabat2 yang mengenalinya dik3jutkan dengan beri ta pemergiannya mengadap Allah. Allahu Robbi, berbahagialah di sana wahai puan, engkau adalah jutawan di alam sana.

Bukan sedikit para ilmuan hafiz Quran yang telah dilahirkan oleh maahad tahfiz ini sejak dibuka lebih 20 tahun yang lalu dan bukan sedikit ganjaran pahala kebaikan yang telah dan bakali diterimanya walaupun sudah berada di alam sana.

Saya Walid wrote…

Semoga Allah swt merahm4ti dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman… Beliau wanita yang hebat, mewakafkan tanah seluas 5 ekar untuk tahfiz pelajar2 perempuan, usia tahfiz yang diasaskan telah mencecah 20 tahun.

Ramai Hafizah2 yang telah lahir dari maahad tahfiz ini. Beliau pernah menceritakan tentang arwh suami beliau seorang doktor pakar b3dah, arwh suami beliau selepas Maghrib akan membaca Al Quran sehingga Isyak, itulah rutin harian arwh suaminya.

Saya pernah berkhidmat beberapa tahun di maahad ini dan isteri saya masih lagi berkhidmat di maahad tahfiz ini. Kem4tian yang mulia.

LihatTutupKomentar