Luluh Hati Melihat Pend3ritaannya. ‘Kami nak tengok Hafiy sembuh’

KOTA BHARU – Luluh hati pasangan muda ini apabila melihat pend3ritaan yang terpaksa dilalui oleh anak sulung mereka selepas disahkan menghidap sindrom Antley Bixler sejak lahir.

Walaupun sudah berusia dua tahun, Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif masih tidak boleh bercakap serta melakukan perkara normal sepertimana kanak-kanak seusianya.

Susulan itu, Mohd Hasif Mohd Hafdi, 29, dan isteri, Nor Akma Aini Aznee, 26, perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak sulungnya itu berbanding adiknya, Nur Hana Afeeya yang berusia lima bulan.

“Kami memang fokus kepada Muhammad Hafiy 24 jam kerana sukar untuk mengetahui dia menangis, s4kit atau lapar kerana ia tidak kedengaran.



“Lebih membimbangkan masalah utama Muhammad Hafiy adalah apabila men4ngis, akan berlaku tekanan kuat pada kepalanya dan ia menyebabkan matanya keluar daripada soket,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, bagi meredakan kesakitan yang terpaksa ditanggung, Muhammad Hafiy perlu menjalani pemb3dahan membetulkan tulang tengkorak. Katanya, jika pemb3dahan tidak dilakukan ia akan memberi risik0 sehingga boleh mer0sakkan dan menjadikan mata but4. Dia dan isteri sudah tidak sanggup melihat kejadian mata anak sulung mereka itu terkeluar daripada soket.

Mohd Hasif berkata, disebabkan itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk Muhammad Hafiy supaya dia dapat membesar sepertimana kanak-kanak lain. “Untuk pemb3dahan yang akan dilakukan pada 20 Julai ini, dana berjumlah RM73,000 diperlukan.

“Pembedahan kali ke tujuh ini akan dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur,” katanya terpaksa berulang alik dari Kampung Tebing Tinggi, Sabak, Pengkalan Chepa ke Kuala Lumpur setiap bulan untuk rawatan anaknya.

Menurutnya, masalah kewangan bukan penghalang untuk melihat anak sulungnya sihat meskipun dia hanya berniaga ‘online’ dan isteri, suri rumah.

Sungguhpun begitu, Mohd Hasif berharap orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu keluarganya boleh berbuat demikian melalui Maybank 503136037869 Mohd Hasif Mohd Hafdi.
LihatTutupKomentar