Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Masjid Tanah: Seorang lelaki Orang Kena Pengawasan (OKP) meninggal dunia selepas rebah ketika menunggu untuk mengambil sumbangan daging korban, hari ini.

           

Pemeriksaan nadi yang dibuat seorang lelaki mendapati tiada denyutan nadi selain arwah tidak lagi bernafas sebelum pembantu perubatan Klinik Kesihatan Masjid Tanah yang hadir dengan menaiki ambulans pada jam 10.30 pagi mengesahkan arwah sudah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mayat arwah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Katanya, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kematian hanya akan dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

LihatTutupKomentar