Tragedi Aidil Adha, mangsa korban kemalangan disahkan suami lsteri dan dua anak. Salam takziah buat keluarga

PETALING JAYA – Empat individu termasuk seorang bayi maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah kereta berhampiran Simpang Roban, Jalan Saratok-Sarikei, Sarawak, awal pagi tadi.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa yang meninggal dunia adalah seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita 28 tahun termasuk seorang kanak-kanak lelaki empat tahun serta seorang bayi lelaki berumur setahun.

  

          

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan jenazah mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak bomba turut membuat pembersihan jalan daripada serpihan kaca dan tumpahan minyak kesan daripada kemalangan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.31 pagi.

   

PETALING JAYA – Polis mengesahkan empat individu yang terkorban dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 71, Jalan Sarikei/Betong, Saratok, Sarawak awal pagi tadi merupakan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, pasangan yang meninggal dunia adalah Azwin Yusman, 30, dan Nadziran Mohd. Nor, 28.

“Turut terkorban dua anak mereka iaitu Hazreen Zharfan Azwin berusia empat tahun dan Hazeef Zharfan Azwin, setahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kemalangan pukul 6.15 pagi itu membabitkan sebuah treler dan kereta jenis Honda City.

“Kereta Honda City yang dinaiki empat beranak itu dari arah Betong menuju Sarikei dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan treler.

“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terseret ke lorong bertentangan hingga pembahagi jalan,” katanya.

Empat beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak cedera.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamii

LihatTutupKomentar