’Damailah Di Sana Danial..’ Jsad Kedua Lemas Sungai Triang Akhirnya Ditemukan

Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas bersama rakannya ketika mandi di Sungai Triang berdekatan jeti Kerayong, Bera semalam ditemukan awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, mngsa, Muhammad Danial Irsyad Norazlan, 11, ditemui pada jarak 400 meter dari lokasi kanak-kanak berkenaan dikhuatiri lemas.

“Mngsa ditemui di lokasi berkenaan oleh orang awam jam 1.30 pagi tadi.



“Myat mngsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan rakannya, Muhammad Nik Iqmal Shah Ismail, 15, ditemukan pada jarak 100 meter dari lokasi kali terakhir dia dilihat.

Zulfadli berkata, Muhammad Nik Iqmal ditemui terapung di lokasi 100 meter dia kali terakhir dilihat dan 400 meter dari lokasi remaja lelaki berkenaan terjtuh jam 10.30 malam tadi.



Sebelum ini, media meIaporkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan rakannya berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dihnyutkan arus ketika sedang mandi di Sungai Triang berdekatan jeti Kerayong, Bera, Pahang, kelmarin.

Kedua-duanya mngsa adalah antara lapan kanak-kanak lelaki yang pergi berenang di sungai itu, jam 3.30 petang.



Pemangku Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan N Kumaran dipetik berkata, siasatan mendapati kumpulan pelajar lelaki sekolah itu pergi ke sungai yang terletak di belakang pasar basah Kerayong.

“Ada yang berada di tebing sungai yang lain termasuk dua mngsa berenang ke tengah sungai. Mereka berpegang pada tiub tayar lori untuk terus terapung.

“Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu dipercayai hiIang cengkaman pada tiub itu sebelum dihanyutkan arus sungai.

Rakan mereka menjerit meminta tolong dan memaklumkan kepada beberapa orang yang lalu-Ialang,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.



Salam takziah buat keluarga moga tabah hadapi dugaan kehilangan insan tersayang. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 
LihatTutupKomentar