“Tariklah Saya ke Syurga Bersamamu”, Kata-Kata Akhir Guru Ini Sambil Memeluk Pelajarnya Meruntun Jiwa

“ Andai kata satu hari hisab saya di Padang Mahsyar nanti berat keburukan melebihi kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya.

“ Bantulah saya di sana (akhirat) nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua,” itu kata-kata keramat Cikgu Mohd Khairul Che Hassan, 35, ketika bersalaman dengan pelajar istimewanya pada hari terakhirnya berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Kudin, Raub, Pahang.



Satu video memaparkan Mohd Khairul menci um dan meme luk pelajar istimewanya daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah itu begitu meruntun jiwa netizen yang kagum dengan tindakan guru itu walaupun berlainan bangsa.

Rakan Mohd Khairul yang juga pembantu pengurusan murid berkeperluan khas, Mohd Raizuddin Abdullah, 30, berkata, dia merakam video itu pada hari terakhir perkhidmatan Mohd Khairul di sekolah itu pada 21 Jun lalu dan suasana hiba dikongsi bersama 36 pelajar istimewa mereka.

“ Mohd Khairul adalah guru terbaik dan terlalu menyayangi pelajarnya sejak berkhidmat di sekolah berkenaan pada 2008.

“ Dia mendidik mereka supaya dapat berdikari seperti bertani, menternak dan memasak supaya mereka boleh hidup sendiri di kemudian hari,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, selepas hampir 11 tahun berkhidmat di sekolah itu, Mohd Khairul berpindah ke SMK Bandar Chiku, Gua Musang, Kelantan.

“ Terdapat 36 pelajar PPKI di sekolah berkenaan, ada antara mereka mengalami masalah pembelajaran, auti sm dan sind rom down.

“ Ada satu peristiwa saya tidak dapat lupa ketika di kantin sekolah apabila dia menyelamatkan pelajar terkena serangan sawan dan Cikgu Khairul ada buat beberapa perkara asas untuk mengelakkan perkara lebih buruk sementara menunggu ambulans datang,” katanya.

Mohd Raizuddin berkata, ilmu rawatan awal sangat berguna bagi seorang pendidik pendidikan khas.

Katanya, Cikgu Khairul serba berpengetahuan dan mendidik pelajarnya dengan baik supaya mereka boleh hidup berdikari.

“ Kita akui, ada beberapa pelajar mempunyai intelektual agak kurang berbanding pelajar normal, namun Cikgu Khairul tetap berpegang pada moto PPKI kami ‘berdikari untuk hidup’.

“ Alhamdulillah, ada bekas pelajar yang sudah bekerja untuk mencari duit sendiri,” katanya.

Katanya, dia tidak sangka video yang sudah dimuat naik itu tular di media so si al.

“ Namun, apa salahnya kita memberikan contoh terbaik dan pujian kepada guru sekarang selepas pelbagai isu muncul ketika ini.

“ Tengoklah sendiri, Cikgu Khairul tanpa mengenal kaum dan bangsa, tetap melayan pelajarnya dengan baik, malah tidak segan silu untuk memeluk dan menci um mereka, diharap ia menjadi contoh kepada yang lain,” katanya.

Sementara itu seorang individu di Fa ce bo ok bernama Ahmad Johari menulis di hantaran beliau;

” Let me explain cz this is my friend and the commentator was me.

” Cikgu ni nak pindah sekolah ke kelantan. Nama cikgu ni, cikgu Mohd Khairul, hampir sepuluh tahun beliau kat sekolah ni, jadi memang rasa sangat sebak… Cikgu inilah banyak ajar budak2 pendidikan khas untuk berdikari. Contoh, pertanian, penternakan, memasak. Ada yang sudah berjaya, boleh bekerja sendiri.

Beliau memang rapat sangat-sangat dengan budak, macam dah jadi ayah dah. Mak ayah pelajar pun suka dgn cikgu ni. Masa perpisahan ada satu kata-kata yg sangat tersentuh hati, “Andaikata masa hari hisab saya di padang masyar nanti berat keburukan saya lebih dari kebaikan, saya harap awak-awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya, bantulah saya di sana nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua’, sambil dia menangis
LihatTutupKomentar