Bekas r3njer menang saman, dapat ganti rugi RM330,000

KOTA BHARU – Seorang bekas anggotaren.jer Kem Desa Pahlawan di sini memang tuntutan saman berjumlah RM330,000 terhadap Angkatan Ten.tera Malaysia (ATM) kerana melakukan penahanan secara sa.lah terhadapnya selama 311 hari pada Ogos 2014 hingga Julai 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu terhadap tuntutan yang difailkan oleh plaintif, Muhammad Maliki Abdul Halim, 35.

Plaintif pada 2 Mei 2018 memfailkan tuntutan ganti rugi itu dengan menamakan Pegawai Memerintah Batali0n Kelima R3jimen Ren.jer Dir4ja, L3ftenan Kolonel Shaifullizan Abd Aziz sebagai def3ndan pertama, pihak berkuasa sidang Panglima Briged Kelapan Infantari Malaysia (kedua), Panglima Angk4tan Ten.tera (ketiga) dan kerajaan Malaysia (keempat).

Berdasarkan penyataan tun.tutan itu, operasi penc3gahan d4dah dilaksanakan pada 29 Mac 2014 ke atas 26 anggota termasuk plaintif dan mendapati urin meng4ndungi pelbagai jenis d4dah termasuk metamph3tamine dan amph3tamine.

Plaintif tidak mengaku bers4lah di Mahkamah Ten.tera dan minta untuk dibicarakan, namun telah dikenakan tah4nan k3tat dengan ditempatkan di dalam l0kap.

Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata, berlaku kepinc4ngan dan sal4h guna kuasa dalam pros3dur tindakan tat4tertib yang dilakukan oleh defendan-defendan ke atas plaintif.

“Mahkamah memahami ten.tera yang tertakluk kepada peraturan tersendiri namun sebarang tindakan yang diambil tidak boleh secara semb3rono.

“Mahkamah mendapati berlaku salah guna kuasa oleh defendan pertama dan kedua yang tidak bertanggungjawab hingga menafikan hak plaintif sebagai manusia dalam menjalani kehidupannya,” katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Mahkamah turut mendapati plaintif ditahan secara sal4h selama 311 hari bermula 26 Ogos 2014 sehingga 3 Julai 2015 iaitu melebihi daripada tuntutan asal plaintif yang berjumlah 250 hari.

“Mahkamah dengan ini mengarahkan plaintif dibayar ganti rugi am dan teladan t3ruk secara global berjumlah RM300,000 serta kos guaman sebanyak RM30,000,” katanya.

Mohamad Maliki diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed, manakala defendan-defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Norfauzani Mohd Noordin.

Sementara itu, Muhammad Maliki yang ditemui di luar bilik mahkamah berkata, dia akhirnya terpaksa mengaku bers4lah atas tu.duhan d4dah dan dihu.kum pen.jara dua bulan sebelum dibuang kerja pada tahun 2018.

“Selepas itu saya mengalami t3kanan hidup hingga berc3rai dengan isteri pada tahun 2020.

“Lima anak kami berusia enam sehingga 12 tahun kini tinggal dengan isteri dan saya kini baru sahaja bekerja sebagai juruteknik di Kuala Lumpur,” katanya.
LihatTutupKomentar