Kerap His4p R0kok, Isteri Masak Snek ‘Istimewa’ Buat Suami Insaf “Dia Punya Perli Paling Win”

Tidak dinafikan, ramai di antara kita yang mempunyai tabiat mer0kok, lebih-lebih lagi para lelaki. Mer0kok bukan saja mendatangkan pelbagai masalah kesihatan, ia juga akan membuatkan per0kok itu ket4gih dan sukar untuk berhenti. Oleh sebab itu, adalah dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada mer0kok.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita menghasilkan snek kegemaran suaminya tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.

Gara-gara suami suka mer0kok, isteri buat snek r0kok goreng

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menyediakan snek untuk minum petang suaminya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia mengambil bahan snek itu dari beg suaminya. Ternyata, bahan itu merupakan r0kok. Wanita itu dengan selamba mengambil semua r0kok dalam kotak baru kemudian dimasukkan ke dalam aduan tepung.


Dia dilihat tidak rasa bersalah langsung sambil menyalut r0kok dengan aduan tepung untuk digoreng. Setelah digoreng, makanan itu dilihat rangup dan dihidangkan atas pinggan bersama sos cili.

Suaminya itu rasa pelik dan kemudian terus meluahkan kembali snek tersebut sambil membuat mimik muka.

“Teringat masa kecik mak rebus r0kok ayah for his lunch. Itulah last day ayah mer0kok” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 18M tontonan, 927K tanda suka dan 16K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Habislah, lepas ni lauk abang tu rokok goreng jelah dengan nasi putih panas! 😛
LihatTutupKomentar