Suami Kemaruk Projek Dengan Ramai Janda Isteri Nekad Bayar Tebus Talak RM120K

Lepas beberapa kerja bersama, tiba-tiba suami suruh duduk rumah je

Umpama drama di televisyen, beberapa hari lalu seorang wanita tampil berkongsikan kisah rumah tangganya dan bekas suami durjana yang sangat mengejutkan kepada umum. Hal ini dikongsikan kembali melalui akaun Facebook Dr Khairul Faizie dengan harapan agar netizen dapat menjadikannya sebagai pengajaran.

Berkenalan sejak zaman universiti, awalnya hubungan mereka berdua baik-baik sahaja sehingga selamat berkahwin. Namun di saat kerjaya isteri sedang memuncak, si suami memintanya berhenti kerja dengan alasan agar dapat fokus kepada menjaga anak-anak. Diajak bekerja sekali, kedua-duanya juga kerap ke mana-mana bersama bagi urusan perniagaan. Sampailah beberapa tahun kemudian, lelaki terbabit tiba-tiba menyuruhnya duduk saja di rumah tanpa perlu mengikutnya lagi. Siapalah yang tidak merasa curiga apabila pasangan berubah sikap secara drastik, bukan?







1 hari dia tertinggal hard disk dekat rumah…Bila buka, terkejut tengok gambar wanita yang ditiduri…Kawan saya, jiran, isteri orang, janda

Penemuan baju dalam wanita lain di sebuah beg pakaian kotor akhirnya mendedahkan perselingkuhan si suami dengan seorang janda. Lebih mengejutkan, katanya mereka sudah berkahwin di Thailand sebelum berpisah tidak lama kemudian. Disangka sudah serik, namun lelaki ini seakan-akan mempunyai ‘kegilaan’ berskandal sehingga didapati berkali-kali membuat hubungan badan dengan ramai wanita berbeza status. Bukan sahaja tidak memikirkan perasaan isteri yang sarat hamil, malahan wang simpanan keluarga mereka juga susut kerana banyak dilaburkan kepada perempuan-perempuan tersebut.











Kepada wanita di luar sana, tolonglah kena ada backup & saving…Apa-apa jadi, kau ada duit nak teruskan hidup











Oleh kerana cuma mempunyai nilai simpanan yang tidak seberapa, mula-mula si isteri takut untuk berpisah dengan lelaki itu. Namun apabila hatinya sudah tekad mahu mencari kebahagiaan sendiri, ternyata si suami enggan melepaskannya pergi. Tiada cara lain, wanita terbabit telah membuat tebus talak dan rela melunaskan bayaran sebanyak RM120,000 dengan bantuan keluarga asalkan dapat melepaskan diri daripada pasangannya.
LihatTutupKomentar