Tak beri nafkah batin? Wanita jawab tuduhan, dedah bukti suami langgan pelac*r
Semalam, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video memaparkan seorang wanita menyerang sebelum menendang suaminya selepas lelaki itu disyaki melanggan pelac*r di sebuah hotel.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap perbuatan lelaki tersebut, namun tidak kurang ada segelintir menyalahkan wanita itu konon tidak ‘melayani’ suami dengan sebaiknya.
Tidak berdiam diri, wanita yang bekerja sebagai pakar kecantikan itu menepis dakwaan tidak memberikan nafkah batin sehingga suaminya melepaskan nafs* terhadap orang lain.
Menerusi satu posting di laman Facebook, dia memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualan dipercayai oleh suaminya ketika melakukan proses bagi menempah pelacur di aplikasi WhatsApp.
“Ramai sangat kecam aku kata aku tak bagi nafkah batin! Sepanjang kahwin boleh kira aku tak bagi,” tulisnya dalam loghat Terengganu.
Dalam perkongsian sama, turut kelihatan perbualan seperti pemainan perjudian dipercayai berkaitan dengan langganan pelac*r terbabit.
Sementara itu, wanita berkenaan juga menjelaskan dia mempunyai bukti kukuh mengenai perbuatan suaminya selain mengakui telah banyak berkorban dari segi wang ringgit.
“Sebab tu aku cakap, aku ada bukti sekukuh-kukuhnya. Pasal duit, aku banyak berkorban. Aku buat kerja siang malam, siapa-siapa kenal aku.. tahu la macam mana. Sembang tu fikir sikit,” katanya lagi.
Terdahulu, video tular itu memperlihatkan suaminya ditangkap dalam keadaan separuh bog*l manakala pelacur berkenaan pula dilihat hanya memakai pakaian dalam sahaja.